Pages

ANDA TERBEBAN HUTANG KAD KREDIT - INI JALAN PENYELESAIANNYA

EPP – EASY PAYMENT PLAN KAD KREDIT
( CARA UNTUK MENYELESAIKAN HUTANG CARD CREDIT DENGAN ANSURAN BULANAN YANG RENDAH, TIADA INTEREST( 0 % INTEREST) SETIAP BULAN.)

Tahukah anda, bahawa hutang kad credit boleh dibayar secara ansuran 1,2,3 tahun dengan 0% interest?
Walaupun anda ada hutang RM 10 Ribu .. anda masih boleh bayar minima payment = RM 50...
bank tidak akan call anda.... dan Nama anda bersih dengan syarikat kewangan.

Maklumat lanjut sila klik banner dibawah


Monday, November 21, 2011

Sukan SEA 2011: Malaysia kekal emas bola sepak


Sukan SEA: Malaysia kekal emas bola sepak


2011/11/21

KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi untuk mengekalkan pingat emas.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.
Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.

KEPUTUSAN BOLA SEPAK AKHIR SUKAN SEA 19/11/11


Pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno di Indonesia itu, Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan. Indonesia mendahului seawal minit kelima sebelum Malaysia menyamakan kedudukan 30 minit kemudian.

Saturday, November 19, 2011

KEPUTUSAN BOLASEPAK SUKAN SEA 19/11/11

Sukan SEA: Malaysia layak ke final

2011/11/19

KUALA LUMPUR: Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Myanmar 1-0 menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani dalam perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.

Thursday, October 27, 2011

Pesan Roh Kepada Manusia


Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut puncuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita.


FAKTA TENTANG ORG POMPUAN


Meh kiter GELAK ramai-ramai..mesti ader org pompuan yg TERPERASAN kan ..??
nie...ahaKsssss....!!!!!..aper..aper pOnn....jOm mNgopi duLuuu....Laaaaa....mEngOpi .....lagiiii!!!!
jOm kiTer tEngok mEnDer -mEnDer yg sELama nie mnjaDi RESIA yg TERpERAM
wat oraNg pOMpUAN...!!!!
1)-SALAH SATU KEGEMARAN ORG POMPUAN ;
suka salin dan fotostat resepi dan hafal resepi dan salah satu
KETIDAKGEMARAN ORG POMPUAN ialah masak ikut resepi...!!!
2)-MENURUT SATU KAJIAN;
kebanyakkan POMPUAN akan berkata; TENGOK ANAK ORG TERINGAT ANAK KITA
MENURUT SATU KAJIAN LAGI; kebanyakkan LELAKI akan berkata;
TENGOK BINI ORG................TERLUPA BINI KITA..!!
3)-SELANGKAH LELAKI sama dngn TIGA LANGKAH ORG POMPUAN
bila berjalan tp......TIGA LANGKAH ORG LELAKI...akan mnjadi SATU
LANGKAH ORG POMPUAN....bila depa nampak ada jualan besar-besaran...!!!!
4)-POMPUAN MEMANG PEMURAH....sebab tuuuu....depa BERMURAH HATI
taBoq duit kt shOpping cOMpLEx...tiap-tiap minggu...!!!
5)-ORG POMPUAN TIDAK AKAN MENJADI POMPUAN SEJATI ;yg baik
sekiranya depa xtau .......TARIK MUNCUNG PAT LIMA DEPA time merajuk!!!
sekali pandang LIPSTIK KT BIBIAQ tu sama ja warna merahtp kalu dua kali pandang
warna tu sebenarnya xsama...ada merah hati,merah pekat,merah ayaq sarbat dan duit merah...!!!
6)-MENURUT SATU KAJIAN;99.9% PUNCA PERGADUHAN SUAMI ISTERI adalah
bermula daripada ISTERI dan SATU LAGI KAJIAN....99.9% PUNCA PENDAPATAN
suami/isteri adalah BERPUNCA DARIPADA SUAMI....!!!!
7)-ANTARA ORG YG DISAYANGI POMPUAN DLM DUNIA ;ialah suaminya
dan taukey shopping komplexnya!!!
8)-BINATANG YG SUKA BERLENGGANG dan x henti-henti bersembang ialah ITIK..
dan MANUSIA YG SUKA BERLENGGANG dan xhenti-henti bersembang xkira waktu
ialahhhh....pEr.....pEr......!!!!...ekekekekkee...!!!
9)-POMPUAN SANGGUP MNGELUARKAN BERATUS RINGGIT ; tuk beli alat make up dan TUDUNG KEPALA....depa ni jugak TERRR...GAMAK....dok peqabeh DUIT SUAMI beli mender-merder xbEr...PEKDAH......sepit rambot,tupperware..brg2 dlm catalog !!..(.botak laki weh)
nampak sangat depalah SATU-SATUNYA MAKHLUK dimuka bumi ni yg suka sesangat BUANG DUIT tuk beli kain tudung...!!!(stok lama org xpakai dah kna la dok beli slalu nk match ngn baju)
10)-ORG POMPUAN SUKA MEMBELEK MUKA DEPAN CERMIN;sekurang-kurangnya
tiga kali sebelum ke tempat kerja,nam kali time kerja,dn tiga kali pas balik kerja dngn mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali.....ini beErti....selama ENAM JAM SEHARI org pompuan
dok wat kerja xberfaedah......TENGOK MUKA SENDIRI...!!!!
11)-MENURUT SATU KAJIAN ;jumlah pompuan yg memakai cermin mata adalah TIGA KALI GANDA dibandingkan dengan lelaki..ini adalah kerana MATA POMPUAN MUDAH RABUN
sebab depa ni memang RAMBANG MATA...!!!!
12)-TEMPAT YG SELALU MENJADI TARIKAN POMPUAN ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari, pasar tani dn kedai RM 1.99....ini sekali lagi menunjukkan pompuan memang
suka peqabeh duit..!!!
13)-SEORANG LELAKI YG BERAGAMA ISLAM ;dibenarkan tuk berkahwin 4 jika mampu..( kalu rasa xmampu bLeh apply Loan)...jika semua lelaki yg ada di MALAYSIA ni...xkira yg tua ataupOn yg muda pakat nak kawin 4...MAKA kaum pompuan tetap x boleh lari dari KES MENGUMPAT...!!!!
14)-MENJELANG BULAN POSA ;rata-rata org pompuan akan mengurangkan kekerapan
bercakap dan MENAMBAH kekerapan membeli belah..!!!!
15)-ORG POMPUAN MEMANG MUDAH KECIK HATI ;dlm sehari sekurang-kurangnya
lima nam kali depa kecik hati...jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil
lama-lama org pompuan AKAN KEHABISAN HATI...!!!!
16)-POMPUAN TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI ; kaum yg paling bijak terutama dlm hal berbelanja
kebanyakkan pompuan akan cari kawan bila nak makan ,tapi depa ni jarang betui keluar belanja
kawan makan.....!!.(pandai kira duit depa ni)
17)-MENURUT SATU PERANGKAAN ;gigi org pompuan xtahan lama...paling lama
pOn sampai umur 50 thn ja...lepas tu org pompuan tinggai gusi ja....ini adalah kesan
kuat bercakap ketika muda...!!!!
18)-SEJENIS BURUNG YG BOLEH TERBANG ;sepanjang hari tanpa mengibaskan
kedua-dua sayapnya dikenali sebagai ALBATROSS...
SEJENIS MANUSIA YG BOLEH BERCAKAP SEPANJANG HARI tanpa
henti dikenali sebagai...........(LU PIKIR LA SENDIRIkkk)
19)-SALAH SATU KEGEMARAN ORG POMPUAN ;ialah menyimpan kuku panjang
kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku org pompuan SELURUH M'SIA
ianya sama panjang dengan JAMBATAN PULAU PINANG.!!!
20)-HAMPIR KESEMUA POMPUAN MEMANG SUKA ;memakai kasut bertumit tinggi
kebiasaannya paling tinggi tumit kasut org pompuan ni ialah 10cm
jika semua kaum pompuan di M'SIA ni temasuklah SABAH/SARAWAK memakai
kasut yg tumitnya setinggi 10cm...tumit-tumit kasut tu kalau dikumpulkan
cukup tuk dibuat SUP tuk SELURUH RAKYAT M'SIA,,xkira lelaki ataupon pompuan!!!!

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK BERKAHWIN?


Peeewiiitttt....

Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.

Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!


Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Layan...