LAS VEGAS: Teresa Scanlan, 17, dari Nebraska, dinobat sebagai Ratu Amerika semalam, sekali gus muncul pemenang paling muda dalam sejarah sembilan dekad pertandingan berkenaan.
Scanlan menarik perhatian juri dengan memakai gaun petang putih dan menunjukkan bakat dengan bermain piano lagu White Water Chopped Sticks dalam pertandingan bakat.
Scanlan melihat kebocoran itu sebagai satu risikan dan berkata: “Apabila ia membabitkan keselamatan negara, kita perlu fokus terhadap keselamatan dulu kemudian baru hak rakyat untuk mengetahui. Kita tidak boleh biarkan perkara seperti itu berlaku dan ia perlu dikendalikan dengan sebaiknya.”
Tempat kedua adalah Ratu Arkansas, Alyse Eady.
Antara peserta yang bertanding ialah Ratu Delaware, Kayla Martell, yang menempatkan diri sehingga ke peringkat separuh akhir. Martell mengalami sejenis penyakit, alopecia areata, yang menyebabkan beliau kehilangan semua rambutnya ketika berusia 10 tahun. Beliau menyertai pertandingan itu dengan mengenakan rambut palsu.
Tahun ini adalah ulang tahun ke-90 Ratu Amerika Syarikat.
Pihak penganjur turut menganjurkan program pencapaian dan memberikan biasiswa kepada golongan wanita muda terbabit.
Pada 2010, kumpulan terbabit membantu memberi lebih AS$45 juta (RM139.5 juta) wang tunai dan biasiswa.
Seramai 53 wanita dari seluruh negara terpilih dalam pertandingan pada peringkat setempat sebelum mereka ke Los Angeles untuk menyertai pertandingan akhir yang diadakan semalam.
Sebagai Ratu Amerika Syarikat, Scanlan akan ke seluruh negara tahun depan dan membantu meningkatkan kesedaran mengenai masalah pemakanan.
Ratu Amerika 2010, Caressa Cameron dari Virginia, 22, menjadi duta muhibah bagi Children’s Miracle Network dan beliau menghabiskan masa sepanjang tahun membantu meningkatkan kesedaran mengenai HIV/AIDS. – Reuters
No comments:
Post a Comment