CERITA BENAR ; kerana
tidak melayan kehendak suami..isteri menyesal sepanjang hayat...
“SAYA mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah
lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah se
ntiasa bermain
difikiran apabila mengingatkan saat-saat itu. Saya dan suami adalah pasangan
yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk
dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak,
saya lakukan dengan sempurna.
Suami memahami tannggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah
tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat
hubungan dalamkeluarga saya.
Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan
anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan
sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.
Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi.
Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.
Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak
urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang
perlu dibereskan.
Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di
rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang.
Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu
juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. saya lihat suami
saya amat gembira petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang
berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat
penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya
mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.
Selepas menunaikan solat Magrib, kami keluar ke sebuah restoren kira-kira lima
kilometer dari rumah. Di restoren, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau
senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan
malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh
hingga 12 tahun.
Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa
memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu
membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.
“Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang,” kata
saya.
Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman.
Kami tiba di rumah jan 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk
tidur.
Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di
restoren. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan
mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan
hanya tersenyum.
Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata,
esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu
mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu
melelapkan mata.
Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah
terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang
berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga
keletihan.
Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan
terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu
penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah
bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.
Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak
kena.Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat
panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya
terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.
Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi
segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak
sempat betemunya. Meskipun reda dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan
dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya
pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.
Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. dan yang lebih
saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak
berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Teringat Sabda Rasulullah s.a.w. yang saya baca dalam buku agama, ‘Demi Allah
yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur
bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di
langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya’.
Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke
pipi. saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan
kesalahan saya.”
Nukilan..
Seorang Insan Yang Menyesal..
Hari ini adalah
PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg
paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan
bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah
ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA
terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya
lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam
sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.