2010/11/21 - sumber bh
Penyanyi Peterpan bimbang berlaku rusuhan BANDUNG: Bekas vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel 'Ariel' Irham, merayu peminatnya agar tidak hadir pada sidang pertama perbicaraannya esok (Isnin) di Mahkamah Negeri Bandung, Jawa Barat, berikutan bimbang perkara tidak diingini mungkin berlaku, termasuk rusuhan.
Beliau menyatakan permintaan itu kepada sekumpulan peminat yang berkunjung ke pusat tahanan Kebon Waru, semalam, di tempat Ariel ditahan.“Jika boleh jangan datang. Saya bimbang perkara tidak diingini mungkin berlaku. Jika mahu datang juga, jangan lupa makan dulu,” kata Ariel yang mengenakan baju putih dan berseluar biru ketika pertemuan itu.
Bagaimanapun peminat Ariel nampaknya tidak mempedulikan rayuannya dan tetap berkeras mahu hadir pada perbicaraan itu.
Kumpulan berkenaan sebelum itu membaca doa untuk Ariel, diikuti seorang lagi penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw yang datang tidak lama kemudian. Upacara bacaan doa diketuai penyelaras persatuan Sahabat Peterpan, Uji.
“Kami berdoa semoga Ariel bersedia dan cekal menghadapi perbicaraan ini,” kata Uji.
Ariel dijadual menjalani perbicaraan pertama penyebaran video lucah dipercayai membabitkannya bersama dua orang lagi artis Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari di Mahkamah Negeri Bandung, esok.
Seramai 600 anggota polis akan dikerah untuk mengawal keadaan sepanjang tempoh perbicaraan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini daripada berlaku dan mengganggu proses perbicaraan. – Agens

No comments:
Post a Comment