JAKARTA: Kes video lucah membabitkan penyanyi Ariel Peterpan akan mula dibicarakan Isnin depan di Bandung.
Seorang anggota keluarga penyanyi berkenaan, Capunk berkata, mereka akan berada di Bandung sepanjang perbicaraan itu walaupun ia akan dilangsungkan secara tertutup.
Menurutnya, kekasih Ariel, Luna Maya, yang turut terkait dengan kes berkenaan, juga akan hadir.
Selain Luna, Ariel turut menghadapi tuduhan merakam aksi lucah dengan seorang lagi selebriti Indonesia, Cut Tari. Capunk, pemain bes kumpulan Java Jive, ketika dihubung menerusi telefon semalam berkata, keluarga Ariel berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa untuk mengadakan perbicaraan itu secara tertutup.
“Dengan perbicaraan seperti itu, Ariel boleh menjalani prosiding mahkamah dengan baik,” katanya.
Menurutnya, anggota keluarga Ariel juga berharap perbicaraan Ariel akan selesai segera dan berdoa supaya dia dibebaskan.
No comments:
Post a Comment