Pages

ANDA TERBEBAN HUTANG KAD KREDIT - INI JALAN PENYELESAIANNYA

EPP – EASY PAYMENT PLAN KAD KREDIT
( CARA UNTUK MENYELESAIKAN HUTANG CARD CREDIT DENGAN ANSURAN BULANAN YANG RENDAH, TIADA INTEREST( 0 % INTEREST) SETIAP BULAN.)

Tahukah anda, bahawa hutang kad credit boleh dibayar secara ansuran 1,2,3 tahun dengan 0% interest?
Walaupun anda ada hutang RM 10 Ribu .. anda masih boleh bayar minima payment = RM 50...
bank tidak akan call anda.... dan Nama anda bersih dengan syarikat kewangan.

Maklumat lanjut sila klik banner dibawah


Monday, January 24, 2011

Hubungan Fasha Sanda & Jejai Putus....


KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

Sumber Harian Metro.

Saturday, January 22, 2011

Persandingan Ayu Raudhah & Zaquan Adha



Lagi gambar epik majlis persandingan Ayu Raudhah & Zaquan Adha daripada team Piccalassomenyusuli anda selepas ini. Kehadiran Rozita Che Wan yang turut menyerikan majlis persandingan tersebut sedikit sebanyak mencuri tumpuan lensa kamera, fuh mantap habis!

Manakala, pasangan kembar Aidil Zafuan memaklumkan bahawa isterinya, Rita Rudaini tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan atas alasan tidak sihat disebabkan sedang hamil 5 bulan. Dapatkan set gambar berkenaan perkahwinan Ayu Raudhah & Zaquan Adha dalam entri-entri berikut:





Friday, January 21, 2011

Majlis Pernikahan Zaquan Adha & Ayu Raudhah – Piccalasso

Gambar eksklusif majlis pernikahan Zaquan Adha & Ayu Raudhah daripada team Piccalasso yang ditugaskan khas untuk membuat liputan kedua-dua pasangan selebriti sukan & drama. Dengan hanya sekali lafaz, Ayu Raudhah sah menjadi isteri kepada Zaquan Adha dengan disertai hantaran sebanyak 7 dulang & mas kahwin RM1,888.







Gambar eksklusif majlis pernikahan Zaquan Adha & Ayu Raudhah daripada team Piccalasso yang ditugaskan khas untuk membuat liputan kedua-dua pasangan selebriti sukan & drama. Dengan hanya sekali lafaz, Ayu Raudhah sah menjadi isteri kepada Zaquan Adha dengan disertai hantaran sebanyak 7 dulang & mas kahwin RM1,888.

Team Piccalasso yang terdiri daripada 3 anak muda bernama Azizi Lee, Faizal Rahim & Mashelmy diberikan kepercayaan oleh pasangan pengantin ini untuk merakamkan detik manis perkahwinan mereka. Difahamkan, mereka amat serius ketika bekerja kerana ingin memberikan hasil yang terbaik kepada klien. Apa lagi, anda yang ingin berkahwin mungkin boleh menggunakan perkhidmatan mereka. Halakan kursor ke Piccalasso dan katakan hi kepada mereka!

Ayu Raudhah Di Malam Berinai Bersama Zaquan – Piccalasso





Ayu Raudhah di malam berinai mengekalkan sisi anggunnya sebagai bakal isteri kepada pemain bola sepak negara, Zaquan Adha. Ayu Raudhah yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan akan melangsungkan majlis pernikahannya bersama Zaquan Adha di Alor Setar, Kedah, hari ini.

Wednesday, January 19, 2011

Vanidah cuma temankan anak saudara


Kehadiran pelakon Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, di Mahkamah Syariah di sini kelmarin sebenarnya tiada kaitan dengan rumah tangga mereka.

Pasangan pelakon itu sebaliknya hanya menemani anak saudara Rashidi yang ingin menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak.

Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Vanidah yang lebih mesra dengan panggilan Vee sama sekali tidak menyangka perkara tersebut akan menjadi besar dan disalahertikan oleh banyak pihak.

"Kami ke mahkamah hanya untuk menemani anak saudara menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak dan saya tidak pernah terfikir akan jadi begini.

"Saya tahu bila kami berdua dilihat di sana, ramai yang akan risau termasuk peminat tetapi tidak ada apa yang berlaku antara kami berdua," katanya.

Menurut Vee, dia dan suami sudah banyak kali ke mahkamah itu untuk menemani saudara-mara atau rakan-rakan yang ingin menyelesaikan kes mereka.

Kelmarin, juara sulung program Sehati Berdansa itu mengejutkan pihak media apabila mereka dilihat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tengah hari kelmarin.

Vee menjelaskan, dia dan suami tidak boleh memberikan kenyataan pada hari yang sama kerana sebaik sahaja selesai urusan di mahkamah, dia terpaksa bergegas untuk menghadiri satu mesyuarat sebelum disusuli dengan sesi fotografi pada sebelah petang.

Monday, January 17, 2011

Kelibat Vanidah, Rashidi di mahkamah cetus persoalan?


Kelibat pasangan juara program realiti Sehati Berdansa musim pertama Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, yang tiba-tiba muncul di Mahkamah Syariah di sini, menimbulkan tanda tanya orang awam dan media yang berada di mahkamah, semalam.

Pasangan artis itu yang turut ditemani seorang wanita tiba di mahkamah pada kira-kira jam 12.45 tengah hari dilihat terus memasuki kaunter pendaftaran kebiasaannya bertujuan untuk memfailkan kes berkaitan hal kekeluargaan seperti perceraian, tuntutan nafkah dan jenayah. Selepas hampir 15 minit berada di dalam, pasangan itu bersama wanita terbabit dilihat keluar dari kaunter berkenaan.


Bagaimanapun usaha mendapat komen daripada pasangan selebriti itu gagal apabila Rashidi atau lebih dikenali dengan nama Shidi yang berkemeja putih kelihatan terkejut dan berang gambarnya diambil.

Dia bersama isterinya Vanidah yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam dilihat meninggalkan mahkamah sambil berpegangan tangan.


Bagaimanapun, difahamkan kehadiran pasangan itu bertujuan menemani saudara mereka yang mempunyai urusan di kaunter berkenaan.


Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak berusia lapan dan lima tahun.

Sementara itu, sumber rapat pasangan itu yang enggan identitinya didedahkan menyifatkan berita aktres jelita dan suaminya hadir ke mahkamah adalah sesuatu yang mengejutkan. “Vanidah menjalani penggambaran sebuah program televisyen di Melaka pada Khamis hingga Sabtu lalu. Malah, dia datang bersama suaminya dan Rashidi turut menemaninya hingga Sabtu. Cuma Rashidi bergegas pulang semula ke Kuala Lumpur pada petang Jumaat kerana ada temu janji penting dan kembali menemani Vanidah pada sebelah malamnya. “Mereka bukan saja bermalam bersama, malah sepanjang penggambaran dilakukan, Rashidi sentiasa setia menunggu isterinya dan mereka banyak menghabiskan masa bersama. Mengenali Rashidi yang mesra dan gemar berjenaka, mereka tampak biasa dan tidak henti mengusik antara satu sama lain.


“Mana tidak terkejut apabila mendengar berita ini kerana saya tidak nampak pula sebarang masalah atau tanda yang memperlihatkan pasangan itu sedang menyembunyi kemelut kerana sepanjang penggambaran diadakan, kedua-duanya mesra dan romantik,” katanya. Sementara itu laman sosial peribadi, Twitter milik Vanidah turut tidak memperlihatkan sebarang masalah kerana masih melayan peminat serta teman-teman yang bertanya khabar.

Haleeda nikah di Thailand


Penyanyi dan pelakon wanita yang juga bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal di zaman 90-an dulu, dikesan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu.

Menurut sumber pengakuan pasangan terbabit yang mereka sudah bernikah di negara jiran diperoleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), selepas seorang pengadu membuat laporan kepada Jais, sering melihat pelakon lelaki terbabit ke rumah dramatis itu pada waktu malam dan hanya keluar pada awal pagi.


Difahamkan wanita itu dihubungi Jais Khamis lalu untuk tujuan siasatan namun dia menafikan perkara itu.

Sumber itu berkata, berikutan penafian itu pihak jabatan agama sudah bersiap sedia untuk menyerbu rumah pelakon wanita berusia 38 tahun itu berdasarkan aduan daripada pengadu, tetapi pada petang hari yang sama pelakon lelaki berusia 40-an itu datang ke pejabat agama bagi membuat pengakuan serta menunjukkan sijil nikah mereka.


“Berdasarkan pengakuan lelaki terbabit pihak berkuasa tidak jadi untuk menyerbu rumah dramatis yang terletak di Taman Keramat, dekat sini kerana pasangan berkenaan mengaku sudah bernikah.


“Cuma yang menjadi kesalahan mereka bernikah di luar kariah masjid tempat mereka bermastautin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber itu lagi, pelakon lelaki berkenaan ketika datang untuk membuat pengakuan terbabit, turut menunjukkan sijil nikah dikeluarkan di Thailand dan selepas menelitinya pegawai di pejabat agama itu berpuas hati mereka sudah bernikah serta menyerahkan kes pernikahan luar kariah itu kepada pihak mahkamah.


Katanya, kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk pendakwaan.

Penyanyi dan pelakon wanita itu boleh didakwa mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Manakala suaminya pula boleh didakwa bersubahat terhadap pertuduhan yang dihadapi isterinya itu. Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 133 yang dibaca bersama Seksyen 40(2) Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan yang membawa hukuman sama. Difahamkan pasangan terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jumaat ini bagi sebutan kes pernikahan mereka di negara jiran itu.


Sementara itu, usaha mendapatkan komen daripada pelakon wanita berkenaan gagal kerana ketika dihubungi taliannya berada di luar kawasan.


Pelakon terbabit sebelum ini hangat diperkatakan apabila kes perceraian dan tuntutan nafkah dengan bekas penyerang kebangsaan itu menjadi tumpuan media.


Dramatis terbabit berkahwin dengan pemain bola sepak itu pada 27 Januari 1995 dan bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003 serta dikurniakan seorang cahaya mata. Kes tuntutan nafkahnya pula diselesaikan di luar mahkamah Oktober tahun lalu, selepas kedua-duanya bersetuju mencari penyelesaian secara baik.

Ayu, bakal isteri TOMOK

Adakah awek ini bakal isteri Tomok ? Awek di atas adalah bakal isteri Tomok yang diberi nama Ayu. Dengar khabarnya, Ayu dan Tomok sudah bercinta sejak 5 tahun lepas. Kira dari zaman New Boyz dulu lagi. Semoga hubungan mereka akhirnya bakal ke jinjang pelamin .

Untuk confirmation sama ada benar atau tak benar gadis di atas adalah bakal isteri Tomok, sila tanya Tomok di Twitternya. Hujankan jutaan soalan kepada Tomok agar dia menjawap persoalan ini. Apa pun, tahniah kepada Tomok yang bakal menjadi seorang suami bulan Julai ini.

Sunday, January 16, 2011

Si manis 17 dipilih Ratu Amerika

TERESA Scanlan (kanan) terkejut sebaik diumum pemenang Ratu Amerika 2011.

Pemenang paling muda sejak sembilan dekad pertandingan dianjurkan

LAS VEGAS: Teresa Scanlan, 17, dari Nebraska, dinobat sebagai Ratu Amerika semalam, sekali gus muncul pemenang paling muda dalam sejarah sembilan dekad pertandingan berkenaan.

Scanlan menarik perhatian juri dengan memakai gaun petang putih dan menunjukkan bakat dengan bermain piano lagu White Water Chopped Sticks dalam pertandingan bakat.
Ketika pusingan akhir, beliau ditanya mengenai maklumat rahsia kerajaan yang dibocorkan melalui laman web WikiLeaks dan sama ada keselamatan Amerika Syarikat atau hak penduduk untuk mengetahui maklumat sensitif adalah lebih penting.

Scanlan melihat kebocoran itu sebagai satu risikan dan berkata: “Apabila ia membabitkan keselamatan negara, kita perlu fokus terhadap keselamatan dulu kemudian baru hak rakyat untuk mengetahui. Kita tidak boleh biarkan perkara seperti itu berlaku dan ia perlu dikendalikan dengan sebaiknya.”

Tempat kedua adalah Ratu Arkansas, Alyse Eady.

Antara peserta yang bertanding ialah Ratu Delaware, Kayla Martell, yang menempatkan diri sehingga ke peringkat separuh akhir. Martell mengalami sejenis penyakit, alopecia areata, yang menyebabkan beliau kehilangan semua rambutnya ketika berusia 10 tahun. Beliau menyertai pertandingan itu dengan mengenakan rambut palsu.
Tahun ini adalah ulang tahun ke-90 Ratu Amerika Syarikat.

Pihak penganjur turut menganjurkan program pencapaian dan memberikan biasiswa kepada golongan wanita muda terbabit.

Pada 2010, kumpulan terbabit membantu memberi lebih AS$45 juta (RM139.5 juta) wang tunai dan biasiswa.

Seramai 53 wanita dari seluruh negara terpilih dalam pertandingan pada peringkat setempat sebelum mereka ke Los Angeles untuk menyertai pertandingan akhir yang diadakan semalam.

Sebagai Ratu Amerika Syarikat, Scanlan akan ke seluruh negara tahun depan dan membantu meningkatkan kesedaran mengenai masalah pemakanan.

Ratu Amerika 2010, Caressa Cameron dari Virginia, 22, menjadi duta muhibah bagi Children’s Miracle Network dan beliau menghabiskan masa sepanjang tahun membantu meningkatkan kesedaran mengenai HIV/AIDS. – Reuters

Memey Suhaiza Bertudung


Alhamdullilah, Memey Suhaiza terbuka juga pintu hatinya untuk bertudung walaupun semata-mata untuk rakaman drama Cikgu Zara Danisha. “Cantik juga Memey Suhaiza bertudung, mencapai tahap kemanisan iman gitu’, detik hati kami. Namun dengan segera tanggapan itu dipadamkan bila teringat kes khalwatnya dengan Norman Hakim 2 tahun lepas. Fuh, sempat!

Berkat ingin berkahwin, kami difahamkan rezeki Memey Suhaiza makin melimpah ruah dengan tawaran berlakon yang datang berduyun-duyun, sampai tak menang tangan katanya. Cepat-cepat’lah Memey kahwin dengan Norman sebelum perkara yang lebih tak diingini berlaku. Sebab ada yang tidak senang duduk bila dapat tahu Memey makin laku.

Lagi gambar Memey bertudung alim warak selepas ini.






Lisa Surihani Bertudung Ada Iras Memey Suhaiza

Bila kami dok pandang lama-lama gambar Lisa Surihani ini, memang sah ada sedikit iras-iras Memey Suhaiza. Aiseh, kasi cair betul lah. Kami belek gambar-gambar lama Memey Suhaiza, dan membuat perbandingan. Rasa’nya, bila Lisa Surihani bertudung ayu begitu, ada seperti gaya-gaya Memey baru keluar dari mahkamah tempoh hari.

GAMBAR LISA SURIHANI



PERNIKAHAN RABECCA NUR ISLAM & NOR AZAM SULAIMAN SERBA PUTIH

Rabecca Nur Islam sah menjadi isteri kepada seseorang.

Rabecca Nur Islam (25) selamat di’nikahkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman (43).


Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 9.40 malam, jumaat 14/01/11.


Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan.

Rabecca yang menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu itu melangsungkan acara pertunangan setengah jam lebih awal sebelum diijabkabulkan.

Dia turut menerima mas kahwin RM333.33
dan wang hantaran untuk Rabecca Nur Islam di’rahsiakan.

Majlis pernikahan ini di’hadiri oleh hampir 200 orang yang terdiri dari keluarga & rakan terdekat.

Resepsi perkahwinan mereka diadakan pada Sabtu (15/01/11 ) untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.

Pasangan yang mengumumkan hasrat mereka untuk mendirikan rumahtangga melalui sidang media ini di’jangka berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu bermula 14 Februari ini.



Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad. - mStar Online

Friday, January 14, 2011

Have your 2010 resolutions been accomplished? Will there be any chance that is to replace an old phone is one of your to-do list? The #CelcomEveryone sale is for you!

Have your 2010 resolutions been accomplished? Will there be any chance that is to replace an old phone is one of your to-do list? The #CelcomEveryone sale is for you!

Nak dapatkan Samsung Galaxy tab atau LG Optimus 7? Jom terjah dan dapatkan apa yang anda inginkan! #CelcomGreatSale

Nak dapatkan Samsung Galaxy tab atau LG Optimus 7? Jom terjah dan dapatkan apa yang anda inginkan! #CelcomGreatSale

Gambar Fasha Sandha Kantoi Berbikini Di Bali !!

Inilah gambar yang menjadi konterversi terbaru mengenai Fasha Sandha yang terkenal dengan gossip panasnya. Gossip panas ini juga menjadi gossip pertama beliau yang kini menjadi bualan penulis dan kaki komen di laman blog dan forum.

Menurut laman gossip OHbulan.com gambar dikatakan diambil ketika Fasha Sandha bercuti ke Bali semasa menyambut Tahun baru 2011.

Lagi Gambar Fasha Sandha di Bawah :






Saturday, January 1, 2011

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia akibat serangan jantung.



Takziah untuk keluarga Faizal Yusof diatas kehilangan beliau akibat serangan jantung.. semoge arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman..



Pelakon Faizal Yusuf (bekas suami Siti Nurdiana) telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi KL sebentar tadi. (lebih kurang jam 3.20 petang, 1 Jan 2011)

Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham.

Lakonan arwah yang sangat bersahaja akan dirindui peminat. Moga moga tiada kata hinaan dilemparkan kepade beliau, marilah kite same same sedekahkan al-fatihah untuk arwah..

AL - FATIHAH

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia akibat serangan jantung.



Takziah untuk keluarga Faizal Yusof diatas kehilangan beliau akibat serangan jantung.. semoge arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman..



Pelakon Faizal Yusuf (bekas suami Siti Nurdiana) telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi KL sebentar tadi. (lebih kurang jam 3.20 petang, 1 Jan 2011)

Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham.

Lakonan arwah yang sangat bersahaja akan dirindui peminat. Moga moga tiada kata hinaan dilemparkan kepade beliau, marilah kite same same sedekahkan al-fatihah untuk arwah..

AL - FATIHAH


Perkara Sebelum Kahwin Dan Selepas Kahwin


1. ANGKATKAN BEG

Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...
Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!

2. TERSUNGKUR BATU

'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'
Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Pantat? Batu tu macam besar pun tak nampak!

3. PAKAI SEXY

Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak!
'Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?'

4. MANJA DI PUBLIC

Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firmnye pantat you!
Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!

5. KEMPUNAN

U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg..
Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!

6. KECANTIKAN
Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!
Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!

7. KEKAYAAN
U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.
Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?

8. SEX

Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.
Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!

9. KESABARAN

Sudahlah syg, jgn merajuk. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan
merajuk lagi ye Sayang. I minta maaf. Maafkan i eh?
Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak
mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!

10. MASAKAN

Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)
Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?

11. DUIT NO PROBLEM

Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...
Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!

12. LUV PEGI LUV BALIK

Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)
Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!

13. PENGORBANAN

Takpe Sayang, I tak kisah. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?
You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik
sendiri. Manja sangat ah!

14. JUMPA LAMBAT

Takpe Sayang.. Asalkan you selamat sampai
Takpe la. Da biasa da!

15. BUANG ANGIN

You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*
Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Layan...