JAKARTA: Hanya beberapa hari selepas muncul klip video lucah dengan Luna Maya, vokalis Peterpan, Ariel, kini digelar ‘Ariel Peterporn’ di kalangan pengguna Internet.
Semuanya gara-gara timbul klip video lucah kedua mengaitkan Ariel, 29, dengan seorang lagi selebriti, Cut Tari.
Terkenal sebagai pengacara dan pelakon, Cut Tari, 32, didakwa mengadakan hubungan seks dengan Ariel di sebuah bilik hotel dan aksi itu dirakam kamera secara sedar.
Petikan aksi panas itu kini beredar di Internet.
Pernah berkahwin sebelum ini tetapi bercerai pada 2008.
Ariel dan Luna akhirnya membuat laporan polis beberapa hari lalu dan disoal siasat semalam.
Kedua-dua mereka menafikan terbabit dalam aksi itu.
Pendedahan aksi panas itu didakwa berlaku selepas komputer riba Ariel dicuri.
Sementara itu, polis berkata, setakat ini Ariel, Luna dan Cut Tari dipanggil untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan.
Jurucakapnya berkata, pada ketika ini ketiga-tiga selebriti itu masih berstatus ‘mangsa’.
Menurut jurucakap itu, sehingga semalam, Cut Tari belum tampil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa. - Agensi
No comments:
Post a Comment