JAKARTA: Pakar teknologi maklumat, Roy Suryo, yang dilantik menjadi saksi oleh polis berkait kes video porno mirip beberapa artis Indonesia semalam mengesahkan pelaku dalam video itu adalah orang yang selamanya diyakini orang ramai.
Roy mengaku sudah melihat kedua-dua video berkenaan yang membabitkan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel dengan dua selebriti, Luna Maya dan Cut Tari.
“Kesimpulannya, apa yang diyakini oleh orang ramai dan media adalah benar,” kata Roy ketika dihubungi media.
Dia juga yakin babak dalam video itu tidak disunting. Menurut Roy, video pertama membabitkan Ariel dan Luna dibuat pada 2006 sementara yang kedua, melibatkan Cut, pada 2007.
Berdasarkan tahun yang disebut pakar teknologi maklumat itu, Cut sudah menjadi isteri Johannes Yusuf Subrata ketika video berkenaan dirakam. Pasangan itu berkahwin pada 9 Januari 2004. - Agensi
No comments:
Post a Comment