JAKARTA: Suami Cut Tari, Yusuf Soebrata berada dalam keadaan serba salah berhubung skandal seks isterinya, Cut Tari.
Bapa seorang anak itu masih belum membuat laporan mengenai perzinaan isterinya walaupun masyarakat menunggu tindakan tegas daripadanya.
“Jika Yusuf membuat laporan mengenai perzinaa Cut dengan Ariel, bukan saja Ariel, malah isterinya juga akan berdepan dengan masalah yang lebih berat,” kata seorang anggota polis yang turut terbabit dalam siasatan kes video seks membabitkan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel, Cut dan seorang lagi selebriti, Luna Maya. “Kerana masih belum ada pihak yang melaporkan perzinaan itu menyebabkan Ariel hingga kini tidak didakwa atas tuduhan berzina,” katanya.
Sementara itu, Cut disoal siasat buat kali kedua semalam.
Akhbar Internet, Detikhot, melaporkan pengacara televisyen yang juga pelakon terkenal itu berada di ibu pejabat polis di Jakarta selama sembilan jam.
Cut yang enggan menjawab sebarang soalan yang diajukan wartawan bergegas memasuki keretanya sambil ditemani Yusuf
No comments:
Post a Comment