JAKARTA: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel, menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan terhadap dua rakaman video seks membabitkan dirinya dengan dua selebri
JAKARTA: Tiga anggota Peterpan, Uki, Reza dan Loekman hadir ke Ibu Pejabat Polis Indonesia untuk memberi keterangan dalam kes penyebaran video lucah vokalis kumpulan itu, Ariel, semalam.
Namun, selepas ditanya beberapa kali, pemain gitar Peterpan, Uki, enggan mengulas lebih lanjut mengenai pertemuan mereka dengan penyiasat kes berkenaan.
Cuma, Uki - atau nama sebenarnya, Mohammad Kautsar Hikmat, memberi jaminan apa pun yang berlaku Ariel akan tetap bersama mereka dalam Peterpan.
“Ariel tetap bersama kami dan Peterpan tiada perancangan menyingkirkannya.
“Jika boleh kami mahu dia tetap menjadi sebahagian daripada Peterpan sehingga bila-bila,” katanya kepada media.
Ariel menjadi tumpuan ramai selepas aksi seknya bersama dua selebriti Indonesia - Luna Maya dan Cut Tari - tersebar di Internet baru-baru ini.
Walaupun Ariel kini ditahan kerana menjadi suspek dalam kes itu, polis masih belum mendakwanya mengikut undang-undang antipornografi di mahkamah.
Kata Uki, penyiasat bertanya beberapa soalan kepada mereka.
Katanya, pada pandangan mereka, Ariel adalah individu yang baik dan pandai bergaul.
Malah, katanya, mereka yakin penyanyi kelahiran Pangkalan Brandan itu tidak bersalah.
“Kami bersedia menjadi penjamin Ariel,” katanya
Sementara itu, gitaris utama kumpulan Padi, Piyu, menganggap penyebaran klip video lucah itu mungkin dibuat kerana ada pihak mengambil kesempatan.
Katanya, sebagai pemuzik, seseorang perlu memiliki akhlak yang baik selain memiliki bakat dalam bidang seni.
“Bukan mudah menjadi anak seni, terutama apabila kita terpaksa berdepan dengan godaan wanita jelita,” katanya
No comments:
Post a Comment