Pages

ANDA TERBEBAN HUTANG KAD KREDIT - INI JALAN PENYELESAIANNYA

EPP – EASY PAYMENT PLAN KAD KREDIT
( CARA UNTUK MENYELESAIKAN HUTANG CARD CREDIT DENGAN ANSURAN BULANAN YANG RENDAH, TIADA INTEREST( 0 % INTEREST) SETIAP BULAN.)

Tahukah anda, bahawa hutang kad credit boleh dibayar secara ansuran 1,2,3 tahun dengan 0% interest?
Walaupun anda ada hutang RM 10 Ribu .. anda masih boleh bayar minima payment = RM 50...
bank tidak akan call anda.... dan Nama anda bersih dengan syarikat kewangan.

Maklumat lanjut sila klik banner dibawah


Wednesday, June 30, 2010

CUT TARI... mengaku pakai blaus hijau dan coli hitam

CUT TARI... mengaku pakai blaus hijau dan coli hitam.

JAKARTA: Polis Indonesia dilaporkan masih bingung kerana belum menemui coli hitam dan cincin milik Cut Tari untuk dijadikan bahan bukti dalam isu penyebaran video aksi lucahnya bersama vokalis Peterpan, Ariel.

Kedua-dua barang itu, kata jurucakap polis, diperlukan kerana ia dilihat dipakai Cut Tari ketika mengadakan hubungan seks dengan penyanyi berkenaan.


“Ya, kami sudah menggeledah rumah Cut Tari di Pondok Kelapa tetapi belum ada apa-apa pun yang disita,” katanya.


Menurut jurucakap itu, mereka mencari bahan berkenaan selepas menyelidik rakaman video berkenaan.


Malah, katanya, Cut Tari, 32, juga mengaku memakai blaus tanpa lengan warna hijau muda serta coli hitam ketika dia mengadakan hubungan seks.


“Masalahnya, Cut Tari tidak ingat di mana dia menyimpan coli berkenaan,” katanya.


Nama Cut Tari tiba-tiba melonjak naik apabila dia dikaitkan dengan rakaman aksi lucah bersama Ariel baru-baru ini.


Ia didedahkan hanya beberapa hari selepas Ariel, 28, didakwa mengadakan hubungan intim dengan kekasihnya, Luna Maya.


Seperti Luna Maya, 26, Cut Tari adalah pengacara televisyen selain terbabit dalam sinetron tempatan.


Dalam perkembangan bekaitan, polis menyatakan akan menggeledah pejabat Luna Maya.


Kata jurucakap itu, polis perlu terus mencari bahan bukti dan antara lokasinya adalah tempat yang sering didatangi ketiga-tiga tokoh berkenaan.


"Siasatan masih dijalankan dan setakat ini suspek masih Ariel seorang,” katanya.


Sementara itu, kajian menunjukkan kejahatan seksual di kalangan remaja Indonesia meningkat 20 peratus, dipercayai akibat penyebaran klip video berkenaan.


Menurut Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, peningkatan itu dicatat dalam tempoh seminggu.


“Lebih membimbangkan, ia juga menjadi isu utama perbualan kanak-kanak,” kata aktivis badan itu.

Cut Tari berzina - Yusuf belum mahu dakwa

YUSUF menemani isterinya ketika disoal siasat oleh polis, semalam

JAKARTA: Suami Cut Tari, Yusuf Soebrata berada dalam keadaan serba salah berhubung skandal seks isterinya, Cut Tari.

Bapa seorang anak itu masih belum membuat laporan mengenai perzinaan isterinya walaupun masyarakat menunggu tindakan tegas daripadanya.


“Jika Yusuf membuat laporan mengenai perzinaa Cut dengan Ariel, bukan saja Ariel, malah isterinya juga akan berdepan dengan masalah yang lebih berat,” kata seorang anggota polis yang turut terbabit dalam siasatan kes video seks membabitkan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel, Cut dan seorang lagi selebriti, Luna Maya. “Kerana masih belum ada pihak yang melaporkan perzinaan itu menyebabkan Ariel hingga kini tidak didakwa atas tuduhan berzina,” katanya.


Sementara itu, Cut disoal siasat buat kali kedua semalam.


Akhbar Internet, Detikhot, melaporkan pengacara televisyen yang juga pelakon terkenal itu berada di ibu pejabat polis di Jakarta selama sembilan jam.


Cut yang enggan menjawab sebarang soalan yang diajukan wartawan bergegas memasuki keretanya sambil ditemani Yusuf

Friday, June 25, 2010

Ariel takkan disingkir: Uki




JAKARTA: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel, menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan terhadap dua rakaman video seks membabitkan dirinya dengan dua selebri

JAKARTA: Tiga anggota Peterpan, Uki, Reza dan Loekman hadir ke Ibu Pejabat Polis Indonesia untuk memberi keterangan dalam kes penyebaran video lucah vokalis kumpulan itu, Ariel, semalam.

Namun, selepas ditanya beberapa kali, pemain gitar Peterpan, Uki, enggan mengulas lebih lanjut mengenai pertemuan mereka dengan penyiasat kes berkenaan.


Cuma, Uki - atau nama sebenarnya, Mohammad Kautsar Hikmat, memberi jaminan apa pun yang berlaku Ariel akan tetap bersama mereka dalam Peterpan.


“Ariel tetap bersama kami dan Peterpan tiada perancangan menyingkirkannya.


“Jika boleh kami mahu dia tetap menjadi sebahagian daripada Peterpan sehingga bila-bila,” katanya kepada media.


Ariel menjadi tumpuan ramai selepas aksi seknya bersama dua selebriti Indonesia - Luna Maya dan Cut Tari - tersebar di Internet baru-baru ini.


Walaupun Ariel kini ditahan kerana menjadi suspek dalam kes itu, polis masih belum mendakwanya mengikut undang-undang antipornografi di mahkamah.


Kata Uki, penyiasat bertanya beberapa soalan kepada mereka.


Katanya, pada pandangan mereka, Ariel adalah individu yang baik dan pandai bergaul.


Malah, katanya, mereka yakin penyanyi kelahiran Pangkalan Brandan itu tidak bersalah.


“Kami bersedia menjadi penjamin Ariel,” katanya

Sementara itu, gitaris utama kumpulan Padi, Piyu, menganggap penyebaran klip video lucah itu mungkin dibuat kerana ada pihak mengambil kesempatan.


Katanya, sebagai pemuzik, seseorang perlu memiliki akhlak yang baik selain memiliki bakat dalam bidang seni.


“Bukan mudah menjadi anak seni, terutama apabila kita terpaksa berdepan dengan godaan wanita jelita,” katanya

Wednesday, June 23, 2010

'Peterporn' serah diri



JAKARTA: Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel, menyerah diri kepada polis bagi membantu siasatan terhadap dua rakaman video seks membabitkan dirinya dengan dua selebriti, kata polis semalam.

Ariel - atau nama sebenarnya Nazril Irham - menjadi perhatian utama peminat selepas skandal Peterporn terdedah apabila rakaman aksi intimnya beredar di Internet awal bulan ini.

Jurucakap polis, Zainuri Lubis, berkata Ariel, 28, menyerah diri jam 3 pagi semalam selepas dia dinamakan polis sebagai suspek melanggar undang-undang antipornografi.

Katanya, jika Ariel tidak menyerah diri polis berhak menahannya.

“Mengikut undang-undang Indonesia, polis diberi kuasa menahannya selama 24 jam dan akan memutuskan langkah selanjutnya sama ada ia perlu dilanjutkan atau tidak,” katanya.

Penyebaran video lucah itu melebarkan lagi perbezaan pendapat di antara kumpulan berpegang kepada nilai tradisional dan moden di Indonesia.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata, penyebaran rakaman aksi seks itu membuktikan negara itu perlu kepada peraturan lebih ketat bagi mengawal Internet.

“Kita semakin sedar bahawa rakyat negara ini tidak sepatutnya diaibkan dan menjadi mangsa teknologi maklumat kerana akan ada lebih ramai mangsanya,” katanya kepada media minggu lalu.

Rakaman pendek aksi ranjang Ariel itu membabitkan teman wanitanya ketika ini, Luna Maya, 26, selain bekas kekasihnya, Cut Tari.

Kedua-dua rakaman itu dilakukan di dua waktu dan lokasi berbeza.

Luna dan Cut Tari, 32, adalah personaliti televisyen terkenal di Indonesia.

Tuesday, June 22, 2010

Cut akui mirip pelakon seks


JAKARTA: Selebriti, Cut Tari tidak menunjukkan kebimbangan dikaitkan dengan skandal video seks yang didakwa membabitkannya dengan Ariel, penyanyi utama kumpulan Peterpan.

Pengacara terkenal televisyen itu dilaporkan mengaku kepada penyiasat, pelakon seks dalam video berkenaan mirip dirinya.


“Dia (Cut) memberitahukami: ‘Wanita dalam video itu mirip saya. Tetapi belum tentu dia itu saya,” kata anggota penyiasat polis Indonesia, Marwoto ketika dihubungi wartawan, semalam.


Bagaimanapun, menurutnya, sehingga kini polis belum menemui bukti pembabitan Cut dan Ariel dalam video berkenaan.


“Ini baru pemeriksaan awal. Kami memerlukan siasatan lanjut sebelum dapat mengenal pasti pelakon seks berkenaan,” katanya.


Cut sepatutnya disoal siasat untuk kali kedua semalam tetapi dia gagal muncul di balai polis. Dalam pada itu, Marwoto mengesahkan sudah menyoal enam orang yang dikatakan terbabit dalam penyebaran video berkenaan, termasuk beberapa rakan rapat Ariel dan Luna Maya, seorang lagi selebriti Indonesia yang didakwa terlibat dalam skandal video lucah itu.


Menurutnya, keenam-enam yang disoal itu belum dinamakan sebagai suspek dan polis masih mencari orang pertama yang memuat turun video itu ke Internet.


Sebelumnya, polis mebebaskan dua lelaki yang didakwa menjadi dalang penyebaran video berkenaan.


Tindakan memuat naikkan video itu ke Internet itu dipercayai dilakukan di Bandung dan Kendari.

Monday, June 21, 2010

Terkini : Luna Maya Hilangkan Tatu, Polis Sudah Kesan Doktornya


Luna Maya pernah mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai tatu berupa ikan lumba-lumba di bahagian punggung’nya, sama seperti wanita dalam video tersebut.

PNWED! Terkini, polis Indonesia memaklumkan kepada media bahawa mereka sudah dapat mengesan doktor yang menghilangkan tatu tersebut daripada badan Luna Maya. Pihak mereka masih menjalankan siasat secara mendalam mengenai video seks antara Luna Maya & Ariel Peterporn, dan keputusan’nya bakal diketahui tidak lama lagi.

Video lucah tersebut memberi impak yang amat besar buat Indonesia kerana ia dipercayai telah merosakkan reputasi mereka. Setakat ini, Luna Maya & Ariel Peterpan tidak mengaku bahawa pelakon dalam video tersebut adalah mereka, sedangkan sudah terang lagi bersuluh.

Tapi ayat paling koool daripada pihak polis adalah, “Kami tidak perlukan pengakuan, tetapi alat-alat kami dapat membuktikan’nya”.

Ariel Peterpan Bikin Panas, Video Lucah Bersama Luna Maya Tersebar


2 rakaman video lucah yang menampilkan wajah mirip pelakon sinetron, Luna Maya dan kekasih’nya Ariel Peterpan kini telah tersebar luas di laman-laman sosial seperti Facebook.

Video yang menggunakan format MP4 itu telah dirakam pada 23 Mac 2009 di’mana video pertama berdurasi selama 2 minit 37 saat manakala video kedua berdurasi lebih 6 minit 39 saat.

Rakaman tersebut menampilkan Luna Maya melakukan hubungan seks dengan Ariel Peterpan dalam pelbagai aksi seperti women-on-top & missionary. Seperti kebiasaan, para artis ini akan menafikan insiden ini dengan pelbagai alasan. Contoh’nya, Luna Maya berkata bahawa beliau tidak mempunyai tatu kupu-kupu di pinggul kiri seperti wanita dalam video tersebut.

Pada masa yang sama, Ariel Peterpan enggan mengulas lebih lanjut mengenai video lucah tersebut.

Wednesday, June 16, 2010

Apa nasib Ariel Peterpan?


Sejak mingu lalu, isu penyebaran video seks membabitkan pelakon `mirip' tiga nama popular Indonesia, Ariel Peterpan, kekasihnya Luna Maya dan bekas kekasih, Cut Tari menjadi topik paling hangat dalam industri infotainment Indonesia. Di Malaysia juga hangat kerana Ariel dan Peterpan sangat popular di sini.

Dengan pantas video tersebut tersebar dengan aplikasi teknologi komunikasi yang semakin canggih. Di hujung jari sahaja video dan foto pelakon-pelakon tersebut tersebar. Ia memberi kejutan dan media di Indonesia membuat liputan dari pelbagai sudut.

Mereka tidak tampil membuat lapuran sebaliknya pihak lain yang memanjangkan perkara itu dengan membuat laporan sehingga pihak berkuasa memutuskan untuk mendapatkan keterangan mereka berkaitan penyebaran video hot itu. Ketiga-tiga mereka bagaimanapun menafikan terlibat.

Stesen televisyen di Indonesia sememangnya ghairah apabila ada isu sedemikian. Mereka berusaha sehingga disiarkan oleh segelintir artis popular sebagai terlampau. Program hiburan banyak sekali di saluran TV Indonesia. Malah seawal pukul 6.00 pagi sudah ada segmen gosip.

Peminat wanita memuja Ariel yang ada daya pemikat.


Luna Maya antara selebriti yang pernah menghadapi masalah dengan media di Indonesia malah pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak baik terhadap media. Hari ini model dan pengacara cantik itu menjadi buruan media di negaranya selepas isu video seks yang dikatakan membaitkan dirinya.

Keghairahan media membongkar isu video itu membuatkan pihak berkuasa terpaksa memberikan amaran. Alasannya mahu menghalang penonton muda (kanak-kanak) daripada melihatnya serta menjaga privasi orang yang terlibat.

“Kami telah mengeluarkan amaran kepada stesen TV yang menyiarkan klip video lucah itu sama ada untuk segmen berita atau hiburan," kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI), Nina Mutmainnah Armando kepada media.

Mereka mengeluarkan amaran setelah menerima rungutan daripada orang ramai. Beliau mengakui pihak suruhanjaya menerima banyak mesej dan panggilan berkaitannya. Undang-undang penyiaran tidak membenarkan klip lucah disiarkan di TV.

Apa tindakan?

Ekoran penyebaran video yang dipercayai rakaman menggunakan telefon bimbit itu, pihak polis akan memanggil ketiga-tiga mereka untuk memberi keterangan dalam masa terdekat. Demikian menurut Ketua Polis, General Ito Sumardi.

“Kami perlu bertanya mereka untuk mendapatkan maklumat siapakah orang yang bertanggungjawab mengedarkannya," kata beliau.

Pembikin dan pengedar boleh didakwa di bawah Undang-undang Pornografi 2008 dan Undang-undang Internet 2008 yang kedua-duannya boleh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.

Sementara itu kontrak Luna Maya sebagai duta sabun kecantikan Lux telah ditamatkan. Poster gergasi yang menampilkan Luna dan Ariel di kota-kota besar diturunkan ekoran penamatan kontrak tersebut. Kempen Lux diganti dengan model luar negara.

“PT Unilever Indonesia menurunkan billboard yang menampilkan Luna dan Ariel di kot

Jam yang dipakai kelihatan sama dengan lelaki dalam video hot.

a besar," kata Ketua Promosi Unilever, Maria Dewantini Dwianto kepada agensi berita Antara.
Banyak juga protes yang diterima oleh pihak berkuasa terhadap isu tersebut. Antaranya Datuk Bandar Makassar, Ilham Arief Sirajuddin yang mahu memulaukan Ariel daipada mengadakan konsert di wilayah itu sekiranya terbukti pelakon lelaki dalam klip tersebut ialah Ariel.

Luna juga duta Program Makanan Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu. Cut Tari pula menghiasi kempen pendingin hawa jenama Sharp. Bagaimana kedudukan mereka? Apakah masa depan mereka dalam bidang seni bakal suram selepas isu ini?

Berapa lama mahu pulih?

Seorang artis Malaysia pernah melalui episod duka apabila rakaman video serupa beredar selepas beberapa tahun. Memang artis tersebut melalui episod duka. Kehilangan pekerjaan dan malu berdepan masyarakat. Malah rumah tangga juga menghadapi bencana.

Dia mengambil masa yang lama untuk membaiki reputasi dan akhirnya terpaksa kembali semula ke dunia seni kerana itulah pekerjaan utamanya. Agaknya kerana telah lama menghilang, ada yang pejam mata sahaja. Apatah lagi beliau sudah rasa hukuman di atas kesilapan yang dilakukan semasa berdarah muda.

Mungkinkan mereka juga akan melalui pengalaman sama selepas ini? Kalau diberi tempoh lima tahun untuk Ariel menyepikan diri dan kembali semula selepas itu, agaknya payah sekali untuk dapat perhatian. Dalam tempoh lima tahun, pelbagaai perkara berlaku dan pastinya banyak kumpulan muzik baru yang muncul.

Sekarang pun semakin banyak band yang diterima peminat dan Peterpan bukan lagi band No.1 di Indonesia. Kalau Peterpan terpaksa menyepi gara-gara kes tersebut, mungkin ia bakal mengundang padah kepada mereka.

Kalau masih mahu teruskan perjuangan Ariel mestilah tebalkan muka berdepan masyarakat. Dan sekiranya benar lelaki hebat di ranjang itu dirinya, Ariel patut tampil memohon maaf secara terbuka kepada peminat yang tersinggung dengan apa yang dilakukan.

Samalah dengan insiden yang berlaku ke atas pelakon Hong Kong, Edison Chen dulu yang hangat apabila terbongkar foto aksi seks dengan beberapa pelakon wanita. Setelah sekian lama menghilang, akhirnya beliau tampil dan memohon maaf kepada peminat dan artis wanita yang pernah ada skandal dengannya. Sekarang kerjayanya kembali pulih.

Adakah mereka sudah bernikah?

Pakar sahkan video lucah selebriti asli

2010/06/16

JAKARTA: Pakar teknologi maklumat, Roy Suryo, yang dilantik menjadi saksi oleh polis berkait kes video porno mirip beberapa artis Indonesia semalam mengesahkan pelaku dalam video itu adalah orang yang selamanya diyakini orang ramai.

Roy mengaku sudah melihat kedua-dua video berkenaan yang membabitkan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel dengan dua selebriti, Luna Maya dan Cut Tari.


“Kesimpulannya, apa yang diyakini oleh orang ramai dan media adalah benar,” kata Roy ketika dihubungi media.


Dia juga yakin babak dalam video itu tidak disunting. Menurut Roy, video pertama membabitkan Ariel dan Luna dibuat pada 2006 sementara yang kedua, melibatkan Cut, pada 2007.


Berdasarkan tahun yang disebut pakar teknologi maklumat itu, Cut sudah menjadi isteri Johannes Yusuf Subrata ketika video berkenaan dirakam. Pasangan itu berkahwin pada 9 Januari 2004. - Agensi

Skandal seks Luna Maya, Ariel dapat perhatian media asing

2010/06/17

 ARIEL dan Luna Maya ketika wawancara eksklusif dengan TVONE di  Jakarta, kelmarin.
ARIEL dan Luna Maya ketika wawancara eksklusif dengan TVONE di Jakarta, kelmarin.
JAKARTA: Aktres Luna Maya yang kini menjadi tumpuan berikutan tersebarnya video seks mendakwa beliau bersama kekasihnya Ariel, bukan sekadar mendapat perhatian media tempatan, malah turut menarik saluran berita Amerika Syarikat, Cables News Network (CNN) untuk mewawancara beliau.

Bekas duta Lux itu dilaporkan akan memberikan komen mengenai video porno yang didakwa membabitkan dirinya dan penyanyi Peterpan, Nazriel Irham atau Ariel, yang tersebar luas di internet.

“Beliau mahu bercakap dengan CNN,” kata peguamnya, OC Kaligis yang mengesahkan perkara itu kepada sekumpulan wartawan di Mahkamah Khas bagi Kes Rasuah di Jakarta, kelmarin.

Kes Luna Maya dan Ariel berkenaan mendapat perhatian media antarabangsa termasuk New York Times yang menjadikan tajuk utamanya “Sex Tape Scandal Fixates Indonesia” (Skandal Rakaman Seks Mengasyikkan Indonesia), pada 13 Jun lalu.

OC Kaligis berkata, anak guamnya itu juga bersedia untuk satu temu bual dengan Mata Najwa melalui Metro TV.

Ketika ditanya sama ada Luna Maya yang masih lagi duta Program Makanan Dunia bersedia berbicara dengan media lain atau sidang akhbar, OC Kaligis hanya tersenyum tanpa menjawab soalan daripada sekumpulan wartawan terbabit.

“Kepentingan saya adalah untuk menasihati dia. Saya tidak boleh memaksa beliau melakukannya. Itu hak dia. Malah, mengatakan tiada komen juga adalah hak dia,” katanya.
Kesediaan Luna Maya untuk diwawancara oleh media asing menimbulkan persoalan besar di kalangan pengamal media tempatan berikutan aktres terbabit bersama kekasihnya itu didakwa masih enggan bertemu dengan media tempatan.

Sehingga kini Luna bersama Ariel hanya ditemu bual TVOne di mana mereka juga tidak menjawab persoalan mengenai benarkah mereka pelaku dalam video terbabit. Sebaliknya mereka hanya mendakwa berasa difitnah. – Agensi bh

Saturday, June 12, 2010

Cut Tari tenang



CUT TARI, salah seorang mangsa video seks dengan Ariel Peterpan.


VIDEO seks Ariel Peterpan nampaknya turut mengheret hos terkenal, Cut Tari yang didakwa sebagai salah seorang 'pemain' dalam video tersebut.

Sudah berkahwin dengan Johannes Yusuf Subrata, Cut Tari yang baru-baru ini dikejar media masih tenang menangani isu tersebut. Dia juga kelihatan tidak tergugat kerana mendakwa rakaman video wanita yang sedang melakukan hubungan seks dengan Ariel itu bukan dirinya.

Malah sewaktu dikerumuni media di hadapan kediaman mereka di Pondok Kepala, Jakarta Timur, Indonesia baru-baru ini, Cut dan suaminya dengan tertib memohon pihak media memberi laluan buat mereka beredar.

"Mohon teman-teman tertib, supaya kita bisa memberikan kenyataan yang baik dan semua orang rasional menerimanya," pinta suami Cut dengan sopan.

Sementara itu, Cut pula dengan tenang memberi kenyataan. Katanya, wanita yang dituduh sebagai dirinya dalam video seks tersebut bukan dia. Tanpa ekspresi dan wajah sugul atau takut bertemu media, Cut juga melayan setiap pertanyaan media dengan cukup diplomatik. Dia juga bersedia memberi kerjasama dengan pihak polis bagi menyelesaikan kes panas tersebut.

Sumber : kosmo

Ariel ‘Peterporn’

JAKARTA: Hanya beberapa hari selepas muncul klip video lucah dengan Luna Maya, vokalis Peterpan, Ariel, kini digelar ‘Ariel Peterporn’ di kalangan pengguna Internet.

Semuanya gara-gara timbul klip video lucah kedua mengaitkan Ariel, 29, dengan seorang lagi selebriti, Cut Tari.


Terkenal sebagai pengacara dan pelakon, Cut Tari, 32, didakwa mengadakan hubungan seks dengan Ariel di sebuah bilik hotel dan aksi itu dirakam kamera secara sedar.


Petikan aksi panas itu kini beredar di Internet.


Pernah berkahwin sebelum ini tetapi bercerai pada 2008.


Ariel dan Luna akhirnya membuat laporan polis beberapa hari lalu dan disoal siasat semalam.


Kedua-dua mereka menafikan terbabit dalam aksi itu.


Pendedahan aksi panas itu didakwa berlaku selepas komputer riba Ariel dicuri.


Sementara itu, polis berkata, setakat ini Ariel, Luna dan Cut Tari dipanggil untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan.


Jurucakapnya berkata, pada ketika ini ketiga-tiga selebriti itu masih berstatus ‘mangsa’.


Menurut jurucakap itu, sehingga semalam, Cut Tari belum tampil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa. - Agensi

Friday, June 11, 2010

Saya tiada tatu di pinggul

Susunan Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
2010/06/12

INDUSTRI hiburan serantau khususnya Indonesia kini sedang bergegar. Gegaran itu bukan dek gempa bumi mahupun hempasan tsunami, tetapi gara-gara video porno yang dikatakan aksi aktres Luna Maya bersama vokalis Peterpan, Nazril Irham atau Ariel.

KECOH...kontroversi video seks Luna bersama Ariel masih dalam  siasatan.
KECOH...kontroversi video seks Luna bersama Ariel masih dalam siasatan.
sebelum - selepas


Semuanya bermula apabila video panas itu tersebar menerusi Internet. Video berkenaan bukan saja dikatakan menonjol perlakuan seks seorang wanita yang berwajah seperti Luna dan Ariel di ranjang malah sebuah lagi video pula menonjolkan lelaki yang dikatakan Ariel bersama bekas teman wanitanya dulu iaitu Cut Tari.

Apa yang menggemparkan, Luna yang juga duta Program Bantuan Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain model iklan sabun mandi ternama bersama Ariel, sedang berdepan dengan tindakan undang-undang selepas polis melancarkan siasatan terhadap tiga selebriti ini.

Mengikut undang-undang antipornografi, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 12 tahun andai didapati bersalah. Walaupun siasatan polis masih dijalankan, ada sumber mengatakan video itu dirakam mereka beberapa tahun lalu.

Ketika ini, iklan sabun mandi yang dijayakan Luna bersama Ariel dihentikan seketika, namun pihak pengurusan program muzik, Dahsyat yang menampilkan Luna sebagai pengacara belum membuat sebarang keputusan untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, dalam siaran program itu, baru-baru ini tempat Luna digantikan Astrid Tiar bersama penyampai asal, Olga Syahputra dan Raffi Ahmad. Sumber mengatakan Luna membuat keputusan sendiri untuk berehat seketika daripada program itu selepas video seksnya menarik perhatian ramai.
Dalam satu temu bual ketika menjayakan Dahsyat di stesen RCTI baru-baru ini, Luna tetap menafikan rakaman video itu adalah dirinya.

"Mungkin orang melihat ia seperti saya dan Ariel. Hakikatnya, saya dengan Ariel tidak mungkin melakukan perkara sebegitu. Saya sendiri cukup terkejut apabila mendengar kisah video ini heboh diperkatakan ramai," katanya.

Luna, 26, menegaskan wanita dalam video itu bukan dirinya. Malah, dia tidak ada tanda tatu rama-rama di pinggul kiri seperti wanita dalam video itu. Dia memberitahu tidak pernah menonton video itu dan sekadar mengetahui berita mengenainya menerusi rakan media saja.

Pelakon berasal dari Denpasar, Bali ini mula mencipta nama di layar perak menerusi 30 Hari Mencari Cinta. Dalam filem itu, dia membawakan watak Barbara iaitu gadis seksi yang menjadi idaman ramai lelaki.

Hubungannya bersama Ariel menjadi gosip hangat selepas membintangi filem Cinta Silver pada 2005. Dalam kesibukan berlakon, dia juga tampil sebagai model beberapa iklan antaranya Lux, Zestea, Sarimie, Vitalong C, XL, Bu Krim Detergen dan Toshiba.

Bagi Cut pula, dia turut terkejut dan kecewa mengenai video seks itu yang tersedar meluas. Dia akui impak video itu bukan saja memberi risiko kepada diri sendiri, tetapi juga suaminya, Johannes Yusuf Subrata. Pasangan ini berkahwin pada 9 Januari 2004.

"Pada pandangan saya, setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan pendapat sendiri dan saya tidak menyekat hak mereka.

"Apa yang penting, suami saya termasuk anggota keluarga tidak mempercayai wanita dalam video seks itu adalah saya," katanya.

Cut memulakan karier sebagai model menerusi acara Gadis Sampul iaitu pencarian model remaja untuk majalah Gadis pada 1991. Sejak itu, dia mendapat peluang mengasah bakat dalam bidang peragaan apabila menjadi model produk kosmetik, Belia (1993) pada usia 16 tahun.

Pada tahun yang sama, dia kemudian menyertai bidang lakonan menerusi sinteron komedi, Dongeng Langit diikuti Sisi-Sisi Dunia.

Kisah skandal seks dalam kalangan selebriti bukan perkara baru dalam masyarakat. Di mana saja, ada cerita membabitkan artis yang tersebar menerusi Internet.

Kini video seks 'Luna bersama Ariel dan Cut', sedang meraih permintaan tinggi daripada pengunjung di Internet. Walaupun siasatan masih dijalankan, kontroversi yang melanda tiga selebriti ini dilihat bakal memberi kesan tercalar kepada perkembangan karier mereka selepas ini.

Begitu juga, Ariel terpaksa menangguhkan pelancaran album terbaru bersama kumpulan Peterpan sehingga siasatan kes video seks selesai. Kumpulan ini muncul dengan album Sebuah Nama Sebuah Cerita pada Ogos 2008.



PROFIL:

NAMA: Luna Maya
TARIKH LAHIR: 26 Ogos 1983
USIA: 26 Tahun
ASAL: Denpasar, Bali
TAHUN AKTIF: 2004 hingga kini
KARIER: Pelakon, model dan penyanyi
FILEM: 30 Hari Mencari Cinta (2004), Brownies, Bangsal 13 dan Cinta Silver (2005), Ruang, Jakarta Undercover dan Pesan Dari Surga (2006), Coklat Stroberi dan Maya, Raya, Daya (2007),
Love, In The Name Of Love dan Cinlok (2008), Asmara Dua Diana dan Janda Kembang (2009) serta Ratu Kostmopolitan (2010).
SINETRON: Dan, Kau dan Aku, Ada Cinta, Rahasiaku, Anggun, Cahaya Surga, Sujudku, Yasmin, Dewi, Akhir Cinta dan Cinta Dan Anugrah
PENCAPAIAN: Bintang Indonesia, Bintang Paling Berkilau, Artis Tersilet dan Artis Wanita Favorit pada 2009, The Most Beautiful Woman In Indonesia, Aktris Layar Lebar Terfavorit ResponDet dan Bintang Iklan Cewek Terfavorit ResponDet pada 2008.

Cut Tari

NAMA: Cut Tari Aminah Anasya
NAMA KOMERSIAL: Cut Tari
TARIKH LAHIR: 1 November 1977
USIA: 32 tahun
ASAL: Jakarta, Indonesia
TAHUN AKTIF: 1995 hingga kini.
KERJAYA: Model dan pelakon
SINETRON: Dongeng Langit, Sisi-Sisi Dunia, Perjalanan, Melati, Doaku Harapank, Pena Asmara, Kafe Biru, Dewi Fortuna, Tersanjung 6, Roda-Roda Cinta, Bulan Dan Bintang, So What Gitu Loh!, Ratapan Anak Tiri, Hidayah, Hikayah, Aku Bukan Aku, Pelangi, Cinta Intan, Cinta Bunga 2 dan Hafizah.
IKLAN: Pixy dan Belia

Ariel

NAMA: Nazril Irham
NAMA KOMERSIAL: Ariel
TARIKH LAHIR: 16 September 1981
USIA: 28 Tahun
ASAL: Pangkalan Brandan, Langkat, Sumatera Utara, Indonesia
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan model
KUMPULAN: Peterpan
TAHUN AKTIF: 2002 hingga kini.
FILEM: Sang Pemimpi (2009)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Layan...