Pages

ANDA TERBEBAN HUTANG KAD KREDIT - INI JALAN PENYELESAIANNYA

EPP – EASY PAYMENT PLAN KAD KREDIT
( CARA UNTUK MENYELESAIKAN HUTANG CARD CREDIT DENGAN ANSURAN BULANAN YANG RENDAH, TIADA INTEREST( 0 % INTEREST) SETIAP BULAN.)

Tahukah anda, bahawa hutang kad credit boleh dibayar secara ansuran 1,2,3 tahun dengan 0% interest?
Walaupun anda ada hutang RM 10 Ribu .. anda masih boleh bayar minima payment = RM 50...
bank tidak akan call anda.... dan Nama anda bersih dengan syarikat kewangan.

Maklumat lanjut sila klik banner dibawah


Wednesday, December 29, 2010

Malaysia julang Piala AFF Suzuki

KAPTEN Malaysia, Safiq Rahim (kanan) bersama rakan sepasukan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Malaysia menang dengan agregat 4-2.


Piala AFF Suzuki: PM isytihar cuti umum Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010.

Tuesday, December 28, 2010

Piala Suzuki 2010


Malaysia telah berjaya melangkah ke akhir Piala Suzuki 2010 , korang rasa berapa gol Malaysia Boleh dapat?

Saturday, December 25, 2010

Gambar Mawi Dulu

Berikut adalah gambar Mawi semasa dia belum menjadi artis dan sedang bekerja di pasaraya Giant. Gambar ini dipinjam dari blog isu-hangat.


Kepada peminat Mawi, adakah anda akan menyokong Mawi sekiranya perwatakannya masih seperti ini. Bukan sahaja kepada peminat Mawi tapi Ikin juga patut jawab dengan jujur dan ikhlas.


Maria Ozawa (Pelakon Porno Jepun) Juga Berminat Dengan Video lucah Ariel,Luna Maya,Cut Tari


“Guys, after 2 day search on the web, today I got the real video of peterporn ? Many thanks for my follower in indonesia who give the link..,” kata Miyabi melalui akaun Twitter’nya @ozawazone .

Berdasarkan rekod cemerlang Miyabi dalam industri filem lucah, kami tidak sangka Miyabi masih tertarik untuk menonton video lucah Ariel Peterpan & Luna Maya dalam format mp4. Kalau di’ikutkan, taraf Miyabi ini sudah patut menonton format HD.

Apabila di’ajukan pertanyaan oleh peminat’nya, Miyabi hanya menjawab, “So many mentions asking me about peterporn, sorry I cant answer for that, because I have quote “don’t judge the book from the cover”. lol xD

Kau pakai susuk jenis apa, Ariel Peterpan?

Pelakon Lucah Barat, Vicky Vette Ingin Rakam Filem Seks Bersama Ariel Peterpan


Wah - wah, nampak’nya populariti Ariel Peterpan tidak terbatas di kawasan Asia Tenggara sahaja. Video seks antara Ariel Peterpan & Luna Maya memang terkenal sehingga menarik minat beberapa selebriti barat terkenal seperti Lady Gaga & Justin Bieber. Ariel juga menerima jolokan sini dengan nama ‘Ariel Peterporn’!

Menurut aktres lucah terkenal barat, Vicky Vette berkata bahawa beliau tidak henti-henti menerima komen daripada warga Indonesia mengenai lelaki ini (Ariel Peterporn). Selepas melihat sendiri rakaman seks tersebut, Vicky Vette ingin mengundang Ariel & Luna Maya untuk menjalani pengambaran filem seks bersama.

Kagum dengan aksi pasangan tersebut, Vicky Vette turut mencadangkan kepada penerbit filem lucah antarabangsa, Vivid Entertainment untuk mengkormesialkan rakaman filem tersebut.

Nampak’nya, Indonesia bakal mempunyai satu lagi sumber pendapatan bagi memantapkan pertumbuhan ekonomi mereka

Ariel, Luna Maya Jadi Cover Majalah Porno Jepun


Sedutan adegan seks Luna Maya & Ariel Peterpan mendapat perhatian produksi majalah porno Jepun, dimana mereka berdua telah dipaparkan sebagai cover act untuk edisi terbaru majalah berkenaan.

Perkembangan kes terbaru, Cut Tari, duduk dalam kandang saksi menegaskan bahawa wanita dalam video itu adalah dirinya. Ariel, menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya. Atas pengakuan jujur, hakim mendoakan agar Cut Tari diberikan hidayah dan insaf atas perlakuan zina’nya bersama Ariel.

Adegan seks mereka turut ditayangkan semula di skrin sebagai bahan rujukan perbicaraan. Cut Tari, tidak didakwa sebagai pesalah, sebaliknya hanya dijemput sebagai saksi kehakiman
.

Wednesday, December 22, 2010

Cut, Ariel tonton video seks

JAKARTA: Cut Tari sudah bersedia untuk menjadi saksi dalam perbicaraan Ariel yang berlangsung di mahkamah di Bandung, esok (hari ini). Kemungkinan besar video lucah yang menunjukkan jejaka mirip Ariel dan Cut Tari itu akan dipertontonkan dalam sidang perbicaraan.

Seorang anggota pasukan peguam Cut Tari yang dikenali sebagai Ina yakin video lucah itu akan dipertontonkan dalam sidang bicara. Menurutnya, barang bukti paling kukuh dalam kes Ariel adalah video itu. “Video itu adalah barang bukti paling kukuh dan Cut pula ialah mangsa dan pelaku dalam video berkenaan jadi kemungkinan besar ia akan dipertontonkan,” ujar Ina.


Ina memberitahu Cut Tari sudah bersedia untuk memberikan keterangan yang sejujurnya di hadapan majlis hakim. Dalam sidang berkenaan, bekas pengacara program ‘Insert’ itu akan menjelaskan pasangan yang muncul dalam video itu adalah dirinya dan Ariel.

“Cut akan memberi keterangan bahawa pasangan yang muncul dalam video itu memang benar dirinya sendiri dan Ariel,” tutur Ina. Sebelum ini, Cut memberitahu dia tidak tahu jika kekasih Luna Maya itu masih menyimpan rakaman aksi mereka di ranjang. Dia juga amat kecewa kerana Ariel begitu cuai hingga video itu boleh tersebar luas menjadi tatapan umum. - Agensi

Luna akan temani Ariel sepanjang perbicaraan

JAKARTA: Kes video lucah membabitkan penyanyi Ariel Peterpan akan mula dibicarakan Isnin depan di Bandung.

Seorang anggota keluarga penyanyi berkenaan, Capunk berkata, mereka akan berada di Bandung sepanjang perbicaraan itu walaupun ia akan dilangsungkan secara tertutup.


Menurutnya, kekasih Ariel, Luna Maya, yang turut terkait dengan kes berkenaan, juga akan hadir.

Selain Luna, Ariel turut menghadapi tuduhan merakam aksi lucah dengan seorang lagi selebriti Indonesia, Cut Tari. Capunk, pemain bes kumpulan Java Jive, ketika dihubung menerusi telefon semalam berkata, keluarga Ariel berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa untuk mengadakan perbicaraan itu secara tertutup.


“Dengan perbicaraan seperti itu, Ariel boleh menjalani prosiding mahkamah dengan baik,” katanya.


Menurutnya, anggota keluarga Ariel juga berharap perbicaraan Ariel akan selesai segera dan berdoa supaya dia dibebaskan.

Rakaman video seks dimainkan

BANDUNG: Mahkamah Indonesia memainkan rakaman video seks penyanyi kumpulan rock Peterpan, Nazril Ilham atau Ariel, 29, yang dituduh menyebarkan klip video lucah itu di Internet ketika perbicaraan berlangsung, semalam.

Dalam perbicaraan tertutup itu, selebriti Cut Tari, 33, yang memberi keterangan sebagai saksi memberitahu wartawan di luar mahkamah bahawa dia mengaku melakukan hubungan seks dengan Ariel dalam salah satu rakaman video itu.


“Saya mengaku bahawa wanita di dalam rakaman video itu adalah saya dan lelaki terbabit pula ialah Ariel,” kata Cut ketika hadir untuk memberi keterangan sambil ditemani suaminya. Jika sabit kesalahan Ariel bakal menerima hukuman penjara 12 tahun dan denda enam bilion rupiah (RM2 juta). - AFP

Tuesday, December 21, 2010

Sorotan 2010: Skandal seks Ariel paling panas

Sorotan Zul Husni Abdul Hamid

2010/12/19 - sumber bh


Industri hiburan negara jiran didominasi berita negatif berbanding prestasi, pencapaian
INDUSTRI hiburan Indonesia juga didominasi berita negatif berbanding pencapaian dan prestasi dengan kes video seks membabitkan vokalis Peterpan, Ariel bersama dua wanita, Luna Maya dan Cut Tari menjadi tajuk utama perdebatan.

Menyorot senarai hangat 2010, skandal seks yang menjadi perdebatan umum tidak hanya di negara sendiri malah turut melarat di negara jiran adalah sesuatu yang terlalu berat untuk dibayangkan Ariel.
Pemuzik tampan ini menjadi figura paling diperkatakan apabila rakaman video perlakuan sumbangnya tersebar pada pertengahan Mei lalu. Biarpun sudah hampir lapan bulan insiden pahit itu berlaku, skandal video seks Ariel terus mengumpan perhatian terutama ketika ini kes itu sedang dibicarakan di Pengadilan Negeri Bandung. Malang kerana kerja keras dan kejayaan Ariel bersama Peterpan tidak berupaya menyelamatkan cerita peribadinya daripada terus disorot. Cintanya terhadap Luna Maya yang seharusnya berakhir menjadi dongeng indah, bertukar menjadi mimpi ngeri yang berkesudahan Ariel merengkok dalam kedinginan tembok penjara. Luna Maya, gadis kelahiran Bali juga tegar berdepan dengan segala kontroversi, malah memilih untuk menghindari wartawan tatkala tampil di mata masyarakat biarpun diasak pelbagai pertanyaan. Peristiwa itu terjadi saat popularitinya sedang mendaki laju yang akhirnya menghempas nama bersih Luna Maya umpama serangan badai yang dahsyat. Sekelip mata, karier dan popularitinya menjunam malah produk yang mengangkat namanya sebagai duta juga ditarik balik ekoran insiden video melampau itu. Turut menerima tempias daripada pengedaran video seks itu ialah Cut Tari, pengacara berlidah tajam yang terpaksa akur menerima takdir tertulis untuknya. Tari awalnya membantah menjadi bintang di video dewasa itu tetapi akhirnya mengaku dia ialah ‘pemain’ sebenar dalam rakaman itu. Selama beberapa minggu, namanya menjadi sorotan media apatah lagi, suaminya Yusuf Soebrata setia berdiri di belakangnya tatkala Tari berdepan detik sukar. Cut Tari melakukan kejutan apabila menangis ketika membuat permohonan maaf kepada rakyat Indonesia termasuk Presiden Susilo Bambang Yudhoyono kerana mencetuskan berita yang menggemparkan itu. Cut Tari dalam kenyataannya mengaku, tidak mengetahui aksi seksnya bersama lelaki mirip Ariel dirakamkan dan seterusnya menjadi tatapan umum. Turut menyumbang kepada berita hangat sepanjang 2010 ialah diva Indonesia, Krisdayanti. Andai dulu segala yang disorot adalah berkisar pencapaian dan kecemerlangannya, namun 2010 menyaksikan Krisdayanti atau KD lemas dalam dakapan kontroversi. Episod perpisahan dengan komposer dan penyanyi, Anang Hermansyah menyumbang kepada kemerosotan populariti KD. Kisah asmara terlarang dengan pengusaha dari Timor Leste, Raul Lemos yang ketika itu masih suami orang membuatkan KD dicemuh masyarakat. Sempat berpisah sementara, KD bagaimanapun menjalin semula hubungan dengan lelaki itu dan tanpa silu mempamer kemesraan di depan media. Aksi ciuman KD dan Raul menjadi puncak berita yang sempat menenggelamkan sementara kehangatan kes video seks Ariel. Perpisahan mereka barangkali membawa rahmat kepada Anang yang tidak kalah menjadi buruan media. Anang yang dulu langsung tidak dipedulikan media, kembali meraih perhatian selepas rumah tangga yang dibinanya selama 10 tahun itu. Biarpun perpisahan mereka berlaku pada Ramadan tahun lalu, nama Anang terus melonjak apabila membikin album duet bersama penyanyi jelita, Syahrini. Anang bijak memanipulasi permainan media apabila baru-baru ini membuat keputusan untuk tidak lagi berduet dengan penyanyi seksi itu. Sebaliknya, dia berpaling kepada anak sulungnya, Aurel sebagai pasangan duet terbaru. Kolaborasi yang masih membangkitkan persoalan, apakah mampu bertahan atau setanding dengan populariti yang pernah dikecapinya ketika bersama bekas isterinya? Cuma masa yang menentukan. Dian Sastrowardoyo mengakhiri status daranya apabila memilih Indraguna Maulana Sutowo sebagai suami. Upacara pernikahan pasangan itu berlangsung di Hotel Dharmawangsa, Jakarta Selatan pada 18 Mei lalu disusuli resepsi pernikahan di Ruang Cendrawasih, Jakarta Convention Centre, Senayan, Jakarta pada 22 Mei. Dian yang berada dalam kelompok selebriti kelas A juga sudah mempersiapkan diri untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan. Satu lagi pernikahan yang menerima sorotan meluas ialah antara Nia Ramadhani dan Ardie Bakrie. Mereka bertunang pada 17 Oktober 2009 sebelum mengambil keputusan bernikah pada 1 April 2010. Pernikahan itu menerima liputan luar biasa kerana bapa Ardie ialah antara ahli perniagaan terkaya di Indonesia. Upacara pernikahan mereka turut dihadiri Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang bertindak sebagai saksi. Kedua pasangan itu memilih Afrika Selatan sebagai destinasi berbulan madu. Pernikahan itu turut menjadi kontroversi apabila cincin perkahwinan yang diisi darah kedua-dua mempelai disahkan haram oleh ulama Indonesia. Nia juga mengajukan permohonan untuk menukar nama kepada Ramadhania Ardie Bakrie. Ada apa antara Ahmad Dhani dan Mulan Jameela? Ahmad Dhani ialah antara selebriti yang begitu sinonim dengan kontroversi. Selain menyumbang idea kreatifnya dalam pembangunan industri muzik Indonesia, dia turut dihimpit kisah hangat apabila dikatakan menjalin hubungan dengan teman duet duo Ratu, Mulan yang dianggotai bekas isterinya, Maia Estianty. Berita kehamilan Mulan yang hangat dibicarakan pada pertengahan Oktober lalu membuatkan dunia infotainment Indonesia kembali hangat. Ramai mengesyaki ayah kepada janin itu ialah Ahmad Dhani berdasarkan kedekatan hubungan mereka sebelum ini. Saat ditanya pengesahan perkara itu, Mulan pantas meninggalkan wartawan tanpa sebarang jawapan pasti. Mulan juga dikaitkan sebagai orang ketiga yang menjadi punca perpisahan Ahmad Dhani dan Maia tidak lama dulu. Penaung Republik Cinta Management (RCM) itu juga kembali menagih perhatian media apabila Front Pembela Islam (FPI) mengheretnya dalam kes foto berahi Dewi Perssik. Foto berahi Dewi yang bernaung di bawah pengurusan RCM ditemui dalam akaun Twitter vokalis Dewa itu lantas menjadi bukti kukuh FPI untuk mengheret Ahmad Dhani ke muka pengadilan. Mungkin dilihat lebih terarah kepada menagih simpati, kisah penderaan yang didakwa Manohara Odelia Pinot. selepas bernikah dengan kerabat dari Kelantan turut meraih perhatian. Bagaimanapun, episod simpati itu bertukar menjadi cacian apabila satu persatu isu berkaitan Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina terbongkar.

Cut Tari yakin bebas tuduhan


2010/11/25 - sumber bh


Pengacara, pelakon sedia kembali ke dunia hiburan

JAKARTA: Pengacara dan pelakon drama bersiri televisyen Cut Tari, yakin akan dibebaskan daripada hukuman membabitkan kes video lucah bersama vokalis kumpulan Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham.

Peguamnya, Hotman Paris Hutapea menegaskan setakat ini tiada peruntukan yang dapat mendakwa pelakon itu, sebaliknya Cut Tari kini bersiap sedia untuk kembali semula ke dunia hiburan selepas laporan menyatakan kerjayanya semakin tenggelam berikutan skandal itu.

“Tiada pendakwaan dikenakan ke atas Cut Tari kerana Ariel sendiri didakwa atas tuduhan membantu rakannya menyebarkan video itu di Bandung dan bukan sebagai pembuat video,” katanya.
Hutapea berkata, Cut Tari juga kini tidak takut untuk muncul di khalayak dan sudah bersedia kembali aktif dalam kerjayanya.

“Bagaimanapun buat masa ini dia lebih suka tinggal di rumah menguruskan rumah tangga bersama suaminya, Yusuf dan anak mereka, Sydney.

Sementara itu, seorang lagi peguam Cut Tari, Ida Ayu Trisnamurti berkata aktres itu sudah menerima tawaran untuk berlakon dalam filem dan menjadi pengacara sebuah rancangan yang belum dinamakan.

“Setakat yang saya tahu, beberapa pihak sudah memberi tawaran kepadanya untuk berlakon dalam filem iklan, cuma masanya belum ditetapkan lagi,” katanya. – Agensi

Luna sempat cium Ariel sebelum bicara

2010/11/24 - sumber bh

Setia menanti walaupun tak dibenar masuk

BANDUNG: Aktres terkenal Indonesia, Luna Maya sempat mencium pipi penyanyi kumpulan Peterpan, Nazriel Ariel Irham, sebelum kekasihnya dihadapkan ke depan hakim bagi mendengar dakwaan ke atasnya berhubung pita video lucahnya.

Luna Maya menghadiri perbicaraan hari pertama Ariel, tetapi dia tidak dapat masuk kerana prosiding dijalankan secara tertutup.

Sebelum sidang, Ariel dan Luna sempat bertemu. Luna sempat memberi Ariel ciuman di pipi kanan dan kiri, lapor akhbar Bali Post, kelmarin.
Kes itu menyebabkan Ariel digelar Peterporn. Selama perbicaraan berlangsung, Luna Maya menunggu di ruang pejabat setiausaha kehakiman negeri.

Bintang filem Ratu Kosmopolitan' itu ditemani beberapa selebriti yang juga menghadiri sidang Ariel, antaranya Camelia Malik, Hengky Tornado dan isteri, Baby Zelvia.

Ruangan itu terletak di tingkat dua pejabat kehakiman yang sama ketika perbicaraan berjalan.

Perbicaraan bertujuan menghebahkan empat dakwaan ke atas Ariel yang terkenal dengan lagu Ada Apa Denganmu, termasuk membantu menyebarkan video lucah.
Sementara itu, penyunting muzik Peterpan, Redjoy atau RJ yang didakwa sebagai penyebar video lucah Ariel, menafikan dia mencuri pita berkenaan, tetapi mengaku hanya menyalin pita berkenaan.

Dia (RJ) tidak sengaja menyalinnya. Dia adalah penyunting dan menjadi tugasnya membuka dan menyalin cakera padat Ariel, kata peguam belanya, Nico Kreshna.

Pendakwa menuduh RJ bertanggungjawab menyebarkan video lucah Ariel dan dua selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari. Agensi

Saya sedia hadapi apa saja: Arie

2010/11/22 - sumber bh

BANDUNG: Penyanyi terkenal Indonesia kumpulan Peterpan, Nazriel Ariel Irham semalam dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengedarkan dua rakaman video seks melalui internet, dalam satu kes yang mengejutkan dan menarik perhatian di negara terbabit.

Ariel, 29, hadir dalam perbicaraan tertutup di Mahkamah Daerah Bandung, wilayah Jawa Barat, berhadapan dengan dakwaan jenayah termasuk di bawah undang-undang anti pornografi 2008, kata pendakwa, Rusmanto.

Penyanyi terbabit kelihatan tenang dengan mengenakan baju kelabu dan seluar hitam ketika bercakap kepada pemberita dari kamar mahkamah.
Saya sudah baca pertuduhan. Saya sedia berhadapan dengan apa saja, katanya.

Lebih 500 polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan sambil ramai peminat Ariel daripada golongan remaja perempuan dan pengkritiknya daripada kumpulan aktivis Islam berhimpun di luar mahkamah.

Ada banyak kes seperti ini tetapi kenapa mereka semua bebas dan bukan Ariel? Adakah kerana dia orang terkenal? Kami mahu keadilan, kata pelayan wanita berusia 22 tahun, Ruri Astari dikelilingi 20 peminat dan membawa kain rentang tertulis Bebaskan Ariel. AFP

Ariel rayu peminat elak perbicaraan


2010/11/21 - sumber bh

Penyanyi Peterpan bimbang berlaku rusuhan

BANDUNG: Bekas vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel 'Ariel' Irham, merayu peminatnya agar tidak hadir pada sidang pertama perbicaraannya esok (Isnin) di Mahkamah Negeri Bandung, Jawa Barat, berikutan bimbang perkara tidak diingini mungkin berlaku, termasuk rusuhan.

Beliau menyatakan permintaan itu kepada sekumpulan peminat yang berkunjung ke pusat tahanan Kebon Waru, semalam, di tempat Ariel ditahan.
“Jika boleh jangan datang. Saya bimbang perkara tidak diingini mungkin berlaku. Jika mahu datang juga, jangan lupa makan dulu,” kata Ariel yang mengenakan baju putih dan berseluar biru ketika pertemuan itu.

Bagaimanapun peminat Ariel nampaknya tidak mempedulikan rayuannya dan tetap berkeras mahu hadir pada perbicaraan itu.

Kumpulan berkenaan sebelum itu membaca doa untuk Ariel, diikuti seorang lagi penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw yang datang tidak lama kemudian. Upacara bacaan doa diketuai penyelaras persatuan Sahabat Peterpan, Uji.
“Kami berdoa semoga Ariel bersedia dan cekal menghadapi perbicaraan ini,” kata Uji.
Ariel dijadual menjalani perbicaraan pertama penyebaran video lucah dipercayai membabitkannya bersama dua orang lagi artis Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari di Mahkamah Negeri Bandung, esok.

Seramai 600 anggota polis akan dikerah untuk mengawal keadaan sepanjang tempoh perbicaraan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini daripada berlaku dan mengganggu proses perbicaraan. – Agens

Ariel dibicara kes video lucah di Bandung

2010/11/19 -bh

JAKARTA: Selepas menghabiskan masa beberapa bulan dalam penjara, penyanyi utama Peterpan, Nazril 'Ariel' Irham akhirnya akan dibicarakan di Bandung, kata pemangku Peguam Negara (AGO), Darmono.

“Kes Irham atau Ariel diserahkan kepada mahkamah. Sejak dakwaan jenayah itu berlaku di Bandung, perbicaraan akan diadakan di mahkamah di sana,” katanya kelmarin, tanpa memberi tarikh sebenar.

Bagaimanapun, sumber berkata, perbicaraan tertutup akan bermula Isnin depan.
“Biasanya perbicaraan kes berkaitan pornografi tidak dibuka kepada umum,” kata sumber AGO, yang enggan dikenali.

Ariel dilaporkan tidak didakwa kerana merakam hubungan seksualnya dengan selebriti dikenal pasti polis sebagai Luna Maya dan Cut Tari, oleh kerana pendakwa gagal mencari peruntukan undang-undang sesuai untuk mendakwanya.

Sebaliknya, dia akan berdepan dakwaan mengagihkan bahan lucah, yang haram mengikut Undang-undang Anti-Pornografi 2008.

Penyanyi itu ditahan sejak 22 Jun lalu di ibu pejabat Polis Nasional namun dipindahkan ke pusat tahanan Bandung lewat bulan lalu.
Dia ditahan selepas video rakaman dirinya melakukan hubungan seks dimuat naik ke dalam internet, didakwa dilakukan editor muziknya. Luna dan Cut dinamakan suspek dalam kes itu namun tidak ditahan.

Jurucakap AGO, Babul Khoir Harahap, berkata perincian bila dan di mana video itu dirakam masih tidak jelas, justeru Ariel akan didakwa kerana mengedarkan rakaman itu berbanding peranannya berlakon dalam video itu.– Agensi

Video seks Cut Tari – Ariel akan ditayangkan


Video seks yang melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel dan wanita mirip pengacara program hiburan, Cut Tari akan disiarkan semasa perbicaraan, lapor akhbar Kompas semalam.

Cut Tari merupakan salah seorang saksi kes Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham.

Ariel dituduh mengedarkan video seks terbabit.

Video itu akan ditayangkan di mahkamah. Justeru, mental Cut Tari harus kuat kerana dia akan ditanya siapa lelaki itu,” kata peguamnya, Hotman Paris Hutapea.

Apabila mengetahui video tersebut akan ditayangkan sekali lagi, Cut Tari mengaku dia berasa malu.

“Tindakan ini tidak jauh bezanya dengan mengorek luka saya yang paling dalam.

“Sudah enam bulan saya berusaha untuk melupakannya dan meneruskan hidup.

“Banyak pengajaran yang telah saya ambil,” kata Cut Tari yang sudah berkahwin.

Walaupun sukar, Cut Tari terpaksa memberi keterangan. Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan Ariel, Cut Tari menjawab: “Harus bersedia kerana ini bukannya kali pertama. Ini sudah kali kedua sejak disoal siasat dahulu.” – Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Layan...