Pages

ANDA TERBEBAN HUTANG KAD KREDIT - INI JALAN PENYELESAIANNYA

EPP – EASY PAYMENT PLAN KAD KREDIT
( CARA UNTUK MENYELESAIKAN HUTANG CARD CREDIT DENGAN ANSURAN BULANAN YANG RENDAH, TIADA INTEREST( 0 % INTEREST) SETIAP BULAN.)

Tahukah anda, bahawa hutang kad credit boleh dibayar secara ansuran 1,2,3 tahun dengan 0% interest?
Walaupun anda ada hutang RM 10 Ribu .. anda masih boleh bayar minima payment = RM 50...
bank tidak akan call anda.... dan Nama anda bersih dengan syarikat kewangan.

Maklumat lanjut sila klik banner dibawah


Tuesday, December 21, 2010

Ariel dibicara kes video lucah di Bandung

2010/11/19 -bh

JAKARTA: Selepas menghabiskan masa beberapa bulan dalam penjara, penyanyi utama Peterpan, Nazril 'Ariel' Irham akhirnya akan dibicarakan di Bandung, kata pemangku Peguam Negara (AGO), Darmono.

“Kes Irham atau Ariel diserahkan kepada mahkamah. Sejak dakwaan jenayah itu berlaku di Bandung, perbicaraan akan diadakan di mahkamah di sana,” katanya kelmarin, tanpa memberi tarikh sebenar.

Bagaimanapun, sumber berkata, perbicaraan tertutup akan bermula Isnin depan.
“Biasanya perbicaraan kes berkaitan pornografi tidak dibuka kepada umum,” kata sumber AGO, yang enggan dikenali.

Ariel dilaporkan tidak didakwa kerana merakam hubungan seksualnya dengan selebriti dikenal pasti polis sebagai Luna Maya dan Cut Tari, oleh kerana pendakwa gagal mencari peruntukan undang-undang sesuai untuk mendakwanya.

Sebaliknya, dia akan berdepan dakwaan mengagihkan bahan lucah, yang haram mengikut Undang-undang Anti-Pornografi 2008.

Penyanyi itu ditahan sejak 22 Jun lalu di ibu pejabat Polis Nasional namun dipindahkan ke pusat tahanan Bandung lewat bulan lalu.
Dia ditahan selepas video rakaman dirinya melakukan hubungan seks dimuat naik ke dalam internet, didakwa dilakukan editor muziknya. Luna dan Cut dinamakan suspek dalam kes itu namun tidak ditahan.

Jurucakap AGO, Babul Khoir Harahap, berkata perincian bila dan di mana video itu dirakam masih tidak jelas, justeru Ariel akan didakwa kerana mengedarkan rakaman itu berbanding peranannya berlakon dalam video itu.– Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Layan...