Pages

ANDA TERBEBAN HUTANG KAD KREDIT - INI JALAN PENYELESAIANNYA

EPP – EASY PAYMENT PLAN KAD KREDIT
( CARA UNTUK MENYELESAIKAN HUTANG CARD CREDIT DENGAN ANSURAN BULANAN YANG RENDAH, TIADA INTEREST( 0 % INTEREST) SETIAP BULAN.)

Tahukah anda, bahawa hutang kad credit boleh dibayar secara ansuran 1,2,3 tahun dengan 0% interest?
Walaupun anda ada hutang RM 10 Ribu .. anda masih boleh bayar minima payment = RM 50...
bank tidak akan call anda.... dan Nama anda bersih dengan syarikat kewangan.

Maklumat lanjut sila klik banner dibawah


Tuesday, December 21, 2010

Saya sedia hadapi apa saja: Arie

2010/11/22 - sumber bh

BANDUNG: Penyanyi terkenal Indonesia kumpulan Peterpan, Nazriel Ariel Irham semalam dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengedarkan dua rakaman video seks melalui internet, dalam satu kes yang mengejutkan dan menarik perhatian di negara terbabit.

Ariel, 29, hadir dalam perbicaraan tertutup di Mahkamah Daerah Bandung, wilayah Jawa Barat, berhadapan dengan dakwaan jenayah termasuk di bawah undang-undang anti pornografi 2008, kata pendakwa, Rusmanto.

Penyanyi terbabit kelihatan tenang dengan mengenakan baju kelabu dan seluar hitam ketika bercakap kepada pemberita dari kamar mahkamah.
Saya sudah baca pertuduhan. Saya sedia berhadapan dengan apa saja, katanya.

Lebih 500 polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan sambil ramai peminat Ariel daripada golongan remaja perempuan dan pengkritiknya daripada kumpulan aktivis Islam berhimpun di luar mahkamah.

Ada banyak kes seperti ini tetapi kenapa mereka semua bebas dan bukan Ariel? Adakah kerana dia orang terkenal? Kami mahu keadilan, kata pelayan wanita berusia 22 tahun, Ruri Astari dikelilingi 20 peminat dan membawa kain rentang tertulis Bebaskan Ariel. AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Layan...