Pages

ANDA TERBEBAN HUTANG KAD KREDIT - INI JALAN PENYELESAIANNYA

EPP – EASY PAYMENT PLAN KAD KREDIT
( CARA UNTUK MENYELESAIKAN HUTANG CARD CREDIT DENGAN ANSURAN BULANAN YANG RENDAH, TIADA INTEREST( 0 % INTEREST) SETIAP BULAN.)

Tahukah anda, bahawa hutang kad credit boleh dibayar secara ansuran 1,2,3 tahun dengan 0% interest?
Walaupun anda ada hutang RM 10 Ribu .. anda masih boleh bayar minima payment = RM 50...
bank tidak akan call anda.... dan Nama anda bersih dengan syarikat kewangan.

Maklumat lanjut sila klik banner dibawah


Tuesday, December 21, 2010

Ariel rayu peminat elak perbicaraan


2010/11/21 - sumber bh

Penyanyi Peterpan bimbang berlaku rusuhan

BANDUNG: Bekas vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel 'Ariel' Irham, merayu peminatnya agar tidak hadir pada sidang pertama perbicaraannya esok (Isnin) di Mahkamah Negeri Bandung, Jawa Barat, berikutan bimbang perkara tidak diingini mungkin berlaku, termasuk rusuhan.

Beliau menyatakan permintaan itu kepada sekumpulan peminat yang berkunjung ke pusat tahanan Kebon Waru, semalam, di tempat Ariel ditahan.
“Jika boleh jangan datang. Saya bimbang perkara tidak diingini mungkin berlaku. Jika mahu datang juga, jangan lupa makan dulu,” kata Ariel yang mengenakan baju putih dan berseluar biru ketika pertemuan itu.

Bagaimanapun peminat Ariel nampaknya tidak mempedulikan rayuannya dan tetap berkeras mahu hadir pada perbicaraan itu.

Kumpulan berkenaan sebelum itu membaca doa untuk Ariel, diikuti seorang lagi penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw yang datang tidak lama kemudian. Upacara bacaan doa diketuai penyelaras persatuan Sahabat Peterpan, Uji.
“Kami berdoa semoga Ariel bersedia dan cekal menghadapi perbicaraan ini,” kata Uji.
Ariel dijadual menjalani perbicaraan pertama penyebaran video lucah dipercayai membabitkannya bersama dua orang lagi artis Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari di Mahkamah Negeri Bandung, esok.

Seramai 600 anggota polis akan dikerah untuk mengawal keadaan sepanjang tempoh perbicaraan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini daripada berlaku dan mengganggu proses perbicaraan. – Agens

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Layan...